Template by:
Free Blog Templates

10 January 2013

PRU




Ahli-ahli UMNO bahagian Larut tidak boleh selesa, sekalipun kawasan itu merupakan kubu kuat Barisan Nasinal (BN).

 







Sebaliknya mereka hendaklah berkerja keras bagi menguatkan jentera pilihanraya BN menghadapi pilihanraya umum (PRU).

Perkara ini dinyatakan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa UMNO bahagian di Batu Kurau, petang tadi.

Beliau mengingatkan semua pusat daerah mengundi (PDM) supaya mengadakan aktiviti bagi menemui pengundi.


Katanya, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan semua 46 PDM bagi mendapatkan maklum balas.

Turut hadir naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kassim dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmuddin Elias.

0 comments: