Template by:
Free Blog Templates

13 January 2013

Rumah



Syarikat Permahan Negara (SPN) digesa memperbanyakan lagi pembinaan projeknya di kawasan yang bilangan orang miskin ramai seperti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.



SPN juga digesa agar mempercepatka proses permohonan rumah yaang dimajukan kepada mereka.

Ramai yang masih menunggu permohonan mereka diluluskan dan ada juga mereka yang berhasrat memilikkinya, tetapi tidak mempunyai tanah.

 Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar di majlis penyampaian kunci bantuan rumah Baitulmal di Kampung Sungai Ara, hari ini.

Beliau menambah, sebuah agensi Kerajaan Pusat sedang melaksanakan program membaiki 38 buah rumah penduduk miskin dengan setiap satu berharga RM 5,000.

Sebanyak 40 buah lagi rumah rakyat misikin dikenalpasti bagi mendapatkan bantuan tersebut tidak lama lagi.

Sani Abdul Rahman, 60 tahun begitu gembira kerana hasrat beliau memiliki rumah baru, akhirnya tercapai.

Baitulmal mula membina rumah berharga RM 33,000 itu yang lengkap dengan tiga buah bilik, awal bulan September lalu dan siap baru-baru.













Sani tinggal bersama isteri dan tiga orang anaknya termasuk yang masih bersekolah begitu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri diatas bantuan tersebut.

Di majlis tersebut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin, Rozana binti  Wahab, 43 tahun, Zainon binti Ismail 78 tahun, Sulan bin Husin 53 tahun, Sulaiman bin Saidin, 62 tahun dan Noraini binti Basir, 61 tahun.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Aram Haji Abd Halil Abdullah yang juga Ketua UMNO Cawangan.

0 comments: