Template by:
Free Blog Templates

16 January 2013

Pekan Ijok

-->
Kurangkan birokrasi demi mempastikn kelancaran program pembangunan.









Agensi Kerajaan diseru agar sentiasa mengamalkan kesefahaman dan jangan tolak-menolak dalam urusan dan memproses kelulusan yang melibatkan projek kepentingan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat tapak projek menaik taraf pekan Ijok, tengahari tadi.

Dalam temubual dengan Media, beliau berkata bangunan rumah kedai yang lama di tapak tersebut telah lebih tiga bulan diroboh bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru.









Tetapi, sehingga sekarang Pemaju yang terlibat memulakan kerja pembinaan

Bila ditanya, Pemaju menyatakan bahawa Kontrektor telahpun dilantik, tetapi menunggu kelulusan bangunan.

Perkara ini kemudian diajukan kepada pihak berkenaan dan mereka menyatakan pelan banguan sudahpun lulus.

Pemaju pula bertegas jika sudah lulus, mana hitam-putehnya kerana mereka tidak mahu bila kerja bermula, timbul pula perbalahan.

Beliau memitan agar Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Puat Nayan membatu menyelesaikan masalah tersebut kerana jika kelewatan masih berlaku, beliau bimbang akan ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikanya sebagai isu politik menjelang pilihanraya ini.

Pembangunan semula pekan Ijok dilihat akan dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian ekonomi dan aktiviti kemajuan kerana ia terletak di kawasan yang bersebelahan dengan Negara jiran, Thailand.

0 comments: