Template by:
Free Blog Templates

27 January 2013

Paintball


Semua pihak diseru menyokong program sukan kerana ia mampu membentuk dan membina masyarakat yang berdispin.

Sukan ekstrem semakin diminati ramai dan memiliki penyokong tersendiri seperti Paintball.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zanuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan Paintball di FELDA, Ijok, pagi tadi.

Serombongan Akhbar Sinar Harian Perak yang diketuai Pengarangnya, Saifullah Ahmad diantara 2,000 orang yang hadir pada pertandingan anjuran Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah.

Sukan lasak ini juga berjaya mempromosi sesabuah tempat dan Negara seperti yang disiarkan oleh stesyen tv swasta di seluruh dunia.













































Industri sukan juga sejak akhir-akhir ini mampu mengaut keuntungan yang lumayan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan, sukan juga boleh memupuk semangat perpaduan.

Beliau berkata, pertandingan paintball itu adalah julung kali dianjurkan dan mendapat sambutan yang begitu menggalakan. Peringkat awal ini, seramai 200 peserta mengambil bahagian bagi merebut piala pusingan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Beliau menambah, kawasan FELDA Ijok juga telah dipilih sebagai tapak sukan ekstrem dan sebanyak kira-kira RM 500,000 akan dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

Beliau juga melancarkan tabung GAZA bagi membantu rakyat Palaestin di majlis tersebut.

0 comments: