Template by:
Free Blog Templates

28 January 2013

Lawat





Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar hari ini meluangkan masa menziarah isteri Allahyarham Nik Abdullah Sidek Bin Nik Awang di rumahnya di kampung Mesjid, Ijok.

Hajjah rokiah binti Mat, 60 tahun kini tinggal bersama tiga orang anaknya selepas Allahyarham, Nik Sidek, 72 tahun meninggal dunia di ketika mengerjakan ibadah Haji di tanah suci baru-baru ini.

Nik Sidek atau juga dikenali pak Dak di sekitar Ijok merupakan seorang yang aktif dalam aktviti kemasyarakatan dan mudah mesra.








Turut hadir ketua UMNO cawangan kampung Mesjid, Aziz Jame, ketua kampung, Nor Azman Haji Mokhtar dan ahli majlis daerah Selama (MDS), Mohamed Bin Abdullah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

0 comments: