Template by:
Free Blog Templates

12 January 2013

Sumbangan



Ketua-Ketua Kampung diminta mendaftar penduduk miskin, Ibu Tunggal dan Warga Emas yang layak mendapat bantuan kebajikan masyarakat.






Ia bertujuan membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempercepatkan proses permohonan berkenaan.

Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bi Raja Haji Omar selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk miskin dan warga emas di Kampung Sungai Dendang, petang tadi.









Mereka yang diraikan ialah Saarani bin Awang, 70 tahun, Hasnah binti Din 83 tahun, Rohani binti Don, 60 tahun, Abd Aziz bin Samad, 61 tahun dan Che Samas binti Mat, 59 tahun

Beliau berharap JKM dapat mempercepatkan proses permohonan bantuan kebajikan dan memberi jawapan lulus atau tidak dalam kadar segera.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga meminta setiap Ketua Kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan Parlimen Larut melengkapi pengkalan data pendududk yang miskin bagi dibantu untuk mendapatkan bantuan JKM atau mana-mana agensi berkenaan.

Beliau turut berkelah makan tengahari di rumah Mat Jali bin Mat Rahim sambil bermesra dengan penduduk.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail Don dan Ketua UMNO Cawangan, Awang bin Harun.

0 comments: