Template by:
Free Blog Templates

15 January 2013

Pilihanraya




Barisan Nasional (BN) perlu menang pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang bagi mempastikan program pembagunan rakyat berjalan lancar.






Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar yakin BN mencapai kemenangan cemerlang pada PRU ke 13 berdasarkan sokongan padu ahli parti dan rakyat terhadap kepimpina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Beliau menegaskan, perpaduan ummah penting bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi Negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada jentera Pilihanraya
BN Bahagian Larut di Dewan Masyarakat Kampung Tersusun Kubu Gajah, petang tadi.






















Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Mohd Fauzi Kassim dan Ketua Wanita Bahagian, Sawipah Yahya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menyeru ahli-ahli parti bersatu bagi menjamin kekuatan BN.

Beliau juga menggesa Ketua-Ketua UMNO cawangan mempergiatkan aktiviti parti termasuk ceramah bagi menjelaskan isu-isu semasa.

0 comments: