Template by:
Free Blog Templates

18 January 2013

Bantuan




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, kemiskinan bukan lagi faktor utama memajukan bidang pendidikan.

Dalam hubungan ini, ibubapa disaran agar memberikan tumpuan utama dalam soal mendidik anak-anak.

Ibubapa harus berkorban untuk mendidik anak-anak kerana ia adalah merupakan aset masa depan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian bantuan rm 100 untuk awal persekolahan sekolah menengah kebangsaan Kubu Gajah, hari ini.

Pengetua sekolah menengah kebangsaan Kubu Gajah, Ahmad Hasni Hashim adalah diantara kira-kira 300 orang yang hadir menerima bantuan tersebut.














Beliau berkata bantuan  rm 100 itu bagi menggurangkan bebanan ibubapa menjelang persekolahan anak-anak mereka.

Pelajaran murid-murid terjejas kerana kurang tumpuan daripada ibubapa.

Beliau berharap persatuan ibubapa dan guru (PIBG) sentiasa menitik beratkan aktiviti yang dianjurkan sekolah dan jangan anggap ia sebagai perkara remeh.

0 comments: