Template by:
Free Blog Templates

27 January 2013

Sumbangan


Seorang peneroka FELDA, Ijok, Baharin bin Hamid, 62 tahun yang sedang uzur merasa sebak menyambut kedatangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar yang melawat beliau pagi tadi.

Baharin yang diserang angin ahmar (stroke) begitu terharu menerima kedatangan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dan rombongan Akhbar Sinar Harian Perak yang diketuai, Saifullah Ahmad.

Baharin tinggal bersama isteri di rumah mereka di peringkat kedua tanah rancangan FELDA itu.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin kemudian melawa seorang lagi warga emas, Ibrahim bin Osman, 84 tahun di FELDA, Ijok.






Sebelum itu, beliau menyampakan sumbangan kepada orang miskin, warga emas dan ibu tunggal sempena dengan pertandingan Paintball yang diadakan di FELDA, pagi tadi.

Penerima-Penerima itu ialah Kamisah binti Ibrahim, 32 tahun, Ahmad bin Lazim, 65 tahun, Habimah binti Yaakub, 35 tahun, Normadiah binti Ahmad, 34 tahun, Khairi bin Yaakob, 27 tahun, Halif bin Abdullah, 82 tahun, Abd Rashid bin Din 28 tahun, Saiful bin Nordin 26 tahun, Sidek bin Husein, 72 tahun dan  Nopiah binti Md Nali, 45 tahun.

0 comments: