Template by:
Free Blog Templates

30 January 2013

Bantuan persekolahan


Ibubapa digesa mengutamakan displin murid jika mereka mahu pencapaian pelajaran yang baik.

 







Nilai displin yang rendah menjadi diantara faktor pestasi pelajar merosost dan ibubapa tidak boleh berdiam diri dalam soal ini.

Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, petang tadi.

Turut hadir Guru Besar Sekolah, Termizi bin Che Mat dan Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Abdul Halil Abdullah.

Beliau yang Ketua UMNO Bahagian Larut menegasan rakat Malaysia bertuah kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak begitu menitiberatkan soal pendidikan termasuk memberikan bantuan awal persekolahan.

Katanya, yuran percuma, buku teks percuma, bahkan bantuan makanan juga disediakan oleh Kemenerian Pelajaran bagi memastikan murid sihat dan dapat menumpukan kepada pelajaran.

Ibubapa tidak boleh menyalahlan pengurusan sekolah atau Kerajaan jika anak mereka gagal, sebaliknya mereka harus bertanggungjawab diatas kegagalan tersebut.












Beliau menyeru agar ibubapa dan guru saling berkerjasama dalam meningkatkan pendidikan murid, terutama menjelang ujian atau peperiksaan.

Lebih 100 orang murid menerima bantuan awal persekolahan pada majlis tersebut sambil mengucapkan selamat jalan kepada Termizi yang bakan bertukar sekolah.

0 comments: