Template by:
Free Blog Templates

6 January 2013

Bola





Kelab dan persatuan bolasepak peringkat Mukim dan daerah disaran memperbanyakan aktiviti bagi melahirkan lebih ramai pemain yang berbakat.

 



Negara memerlukan ramai pemain yang mampu bersaing dan memantapkan pasukan negara.

Jika kelab dan persatuan bolasepak daerah aktif, ia akan mendorong  kepada pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Perkara ini dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika menutup dan menyampaian hadiah pertandingan bolasepak 9 sebelah anjuran belia Kubu Gajah, petang tadi.


























Katanya masalah yang dihadapi negara ia lah ruang memilih pemain tidak begitu luas kerana bilangan yang ada tidak begitu ramai yang mampu berentap di pentas antarabangsa.

Justeru, usaha harus dipertingkatkan lagi bagi mencungkil bakat-bakat baru melalui pertandingan peringkat daerah.

Pasukan kampung Paya muncul juara merebut piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin setelah mengalah kelab dari Pulau Pinang melalui sepakan penalti dengan hadiah wang tunai rm 800.

0 comments: