Template by:
Free Blog Templates

28 January 2013

Penerangan

Jababatan Penerangan diseru memperbanyakan lagi program menyalur maklumat kepada rakyat, terutama di kampung-kampung mengenai dasar Kerajaan, khususnya khususnya pembangunan di luarbandar.

 




Justeru, agensi berkenan digesa mengkaji semula program Radio dan Talivisyen (RTM) bagi memperbanyakan lagi siaran mengenai aktiviti luarbandar.

Perkara ini dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan Majlis Pentarama Jabatan Penerangan di padang Majlis Perbandaran  Taiping (MPT) di Jelai, Batu Kurau malam ini.

Ketua Kampung Jelai, Haji Mohd Ali Awang Besar dan Setiausaha UMNO Cawangan, Mohd Isa Taha diantara yang hadir.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menegaskan, masyarakat luarbandar dahagakan rancangan yang mendedahkan program yang boleh membawa perubahan di tempat mereka.

Mereka ingin tahun, rancangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar dalam menguabah nasib rakyat di kampung-kampung.

Rancangan rumah mampu milik rakyat adalah diantara projek yang sering dibangkitkan oleh mereka terutama rakyat miskin.










Mengenai pentarama, beliau berharap program yang boleh memupuk perpaduan itu dapat diperbanyakan di kawasan pendalaman yang masih kekurangan kemudahan.

0 comments: