Template by:
Free Blog Templates

24 January 2013

Sekolah rosak




Pejabat pendidikan daerah (PPD) Larut, Matang dan Selama diminta menyiasat keadaan bangunan baru sekolah kampung yaman di Batu 20 yang mengalami kerosak termasuk paip bocor.





Bangunan baru 4 tingkat itu baru saja digunakan kira-kira dua tahun yang lalu.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian  selepas mendapat laporan daripada guru besar sekolah, lee Hock Ann semasa menghadiri satu majlis.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa kira-kira wang negeri terkejut melihat keadaan Padang Baru sekolah berkenaan yang bukan sahaja kecik dan tidak sesuai, tetapi mendap dan mengakibatkan bahu longkang sering retak dan terhakis.













Beliau pernah membangkitkan masalah padang itu di mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah dan pihak berkenaan memberi jaminan pembinaannya mengikut spekfikasi.

Padang tersebut bagaikan pembaziran kerana tidak boleh diguna oleh murid-murid.

Remaja kampung juga berharap menumpang padang tersebut, tapi ternyata hampa.

0 comments: