Template by:
Free Blog Templates

16 January 2013

Bantuan sekolah



Bantuan Sekolah RM 100 kepada setiap pelajar mestilah dilihat dari sudut yang positif.








Ia bukan berupa untuk memancing undi disebabkan Pilihanraya Umum (PRU) semakin hampir, tetapi merupakan sumbangan untuk awal persekolahan.

Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan RM 100 Kerajaan kepada seramai 262 murid Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Shah 11, FELDA, Ijok, pagi tadi.

Turut hadir Guru Besar, Osman Yahya, Pengurus FELDA, Haji Shauddin Dat dan Ketua Kampung.Haji Shukur Haji Jaman.

Sumbangan ini membuktikan bukan sahaja Kerajaan bersikap janji ditepati, tetapi berlaku adil kerana semua murid tidak kira kaum dan berkedudukan menerimanya.












Beliau berharap bantuan tersebut menjadi dorongan ibubapa untuk menitik beratkan soal pelajaran anak-anak mereka.

Ternyatakan Kerarjaan Barisan Nasional (BN) setiasa menitik beratkan kebajikan rakyat dan mengutamakan program pendidikan.

Mengenai pembangunan, beliau berkata, sebanyak RM 38 juta akan dibelanjakan bagi tujuan menaik taraf sungai-sungai dalam mukim Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

0 comments: