Template by:
Free Blog Templates

28 January 2013

Sumbangan



Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) disaran agar mendapatkan senarai rakyat miskin yang memerlukan bantuan daripada ketua-ketua kampung.

 







Ia bertujuan bagi memudah dan mempercepatkan proses permohonan kerana ketua-ketua kampung yang lebih mengetahui keadaan anak-anak buah mereka.

Perkara itu  dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas menyampaikan sumbangan dan berkelah di rumah bapa ketua puteri UMNO cawangan kampung Mesjid, Ijok.

Katanya cara itu membantu mempercepatkan lagi proses permohonan.
















 

Beliau menyampaikan kerusi roda kepada Salmiah Binti Daud,84 tahun yang uzur.

Penerima-penerima sumbangan yang lain ialah Chah Binti Arop, 90 tahun, Hamidah Yusop, 76 tahun, Rahmiah Binti Haji Daud, 72 tahun, Teh Noraini Binti Sulaiman,68 tahun, Zainah Binti Ahmad, 78 tahun, Minah Binti Md Asan, 90 tahun, Halimah Binti Abdullah,76 tahun, Hasnah Binti Md Arof, 77 tahun, Rahmah Binti Ismail, 85 tahun dan Salmiah Binti Ahmad, 90 tahun.

Katanya, di kawasan beliau masih ramai yang memerlukan bantua JKM, terutama ibu tunggal, walaupun ramai juga yang telah menerimanya.

0 comments: