Template by:
Free Blog Templates

12 January 2013

UMNO


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri dengan ingatan pentingnya ahli parti disegenap peringkat bekerja keras bagi mempastikan kemenangan cemerlangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Jangan tunggu hingga saat akhir, sebaliknya tumpuan kepada PRU ke 13 adalah agenda utama dan beliau yakin sokongan dan kerjasama setiap ahli di peringkat akar umbi.

Dr Zambry berharap setiap ahli di semua peringkat memberi keutamaan kepada soal perpaduan dan menggelakan daripada sebarang perpecahan.

Beliau juga berharap program mendekati rakyat akan di pergandakan lagi oleh setiap Bahagian termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Husni Hanazlah, yang juga Menteri Kewangan kedua, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Larut adalah diantara yang hadir di mesyuara tertutup itu yang diadakan di bangunan UMNO Perak di Ipoh.

0 comments: