Template by:
Free Blog Templates

9 January 2013

Sekolah agama




Jabatan agama islam Perak diminta membantu sekolah agama rakyat kampung Sangkut di Ulu Ijok yang masih kekurangan banyak kemudahan.

Bangku dan meja sekolah berkenaan masih kekurangan bagi menampung kira 100 orang pelajar dan 5 orang guru.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas membuat lawatan mengejut ke sekolah berkenaan, petang tadi.

Beliau turut mendengar taklimat daripada guru besar sekolah, Sabariah Omar.

























 


Beliau turut meninjau keadaan kantin sekolah sambil bermesra dengan murid-murid sekolah dan guru.

Turut hadir ketua kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim.

0 comments: