Template by:
Free Blog Templates

4 January 2013

Sekolah agama rakyat



Adalah menjadi tanggungjawabsemua pihak bagi membantu melincinkan perjalanan Sekolah Agama Rakyat kerana ia melibatkan ramai murid yang tinggal di sekitar kampung dan kawasan pendalaman.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Rajah Haji Omar, meluangkan masa melawat Madrasah Al Ehsaniah Diniah Sungai Jernih, Ulu Ijok, petang tadi.

Kebetulan, Hari ini adalah hari kedua persekolahan dibuka dengan pendaftaran murid baru, terutama di tahun satu.

Beliau telah diberi taklimat Guru Besar Sekolah Agama tersebut, Ustazah Robaayah binti Haji Osman yang turut mengemukan beberapa kekurangan yang dihadapi mereka.















Kebanyakan murid tersebut adalah anak-anak orang miskin dan mereka juga berharap untuk mendalami lagi pendidikan Islam.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menyatakan kesediaan beliau untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada perjalanan Madrasah berkenaan.

Pada masa ini, terdapat sekitar 80 orang murid dan tiga orang guru di Madrasah tersebut yang menampung keperluan pendidikan agama bagi murid-murid sekitar Kampung Sungai Jernih dan Kelian Gunung.

0 comments: