Template by:
Free Blog Templates

31 January 2013

Tebing rebak



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar meminta Jabatan Parit dan Saliran (JPS) agar dapat membaiki segera tebing sungai dekat Jambatan Kampung Teras Seberang yang rebak akibat hujan lebat.

Beliau yang melawat dan melihat sendiri keadaan tebing tersebut merasa bimbang jika tebing berkenaan tidak dibaiki segera, ia boleh mendatangkan bahaya kepada jambatan yang berdekatan.

Jika jamabatan itu runtuh ia akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk kerana ia merupakan satu-satunya perhubungan penduduk di situ.







Kebanyakan rumah di Kampung Teras terletak berdekatan dengan Sungai.

Turut hadir Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.

0 comments: