Template by:
Free Blog Templates

9 May 2010

Tindakan Keatas Perosak Harta Awam








JKKK diseru bekerjasama dengan Rukun Tetangga untuk memantau perbuatan merosakan harta benda awam dan budaya ini jika tidak disekat ia bukan sahaja merugikan wang rakyat, tetapi tanggapan negatif masyarakat luar, terutama pelancong.

Dewan dibina untuk kemudahan penduduk kampung mengadakan aktiviti seperti mesyuarat,perjumpaan dan juga kenduri kahwin.

Ada setengah Dewan Serbaguna dibina untuk tujuan aktiviti sukan seperti badminton, terang Saya ketika merasmikan Karnival bersama masyarakat DUN Kubu Gajah anjuran bersama RT dan Komuniti Bistari Tebing Tinggi di Padang Majlis Daerah, pekan Kubu Gajah pagi tadi.

Dalam kita mahukan tempat kita terus membangun dengan pelbagai projek, pada masa yang sama adalah menjadi tanggung setiap penduduk untuk menjaganya daripada rosak.

Banyak projek Kerajaan tinggal membazir kerana masalah kerosakan akibat perbuatan khianat mereka yang tidak bertanggung jawab.

Kira-kira 12 buah Agensi Kerajaan terlibat dalam program tersebut untuk memberi khidmat masyarakat. Diantaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agro Bank, Kesihatan, Kemas dan Wataniah serta PDRM.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Suhaimi Shamsuddin, Pegawai Perpaduan dan Intergrtasi Nasional Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Meor Azam bin Meor Harun dan Pegawai Penerangan Daerah, Adnan, Pengerusi RT Kubu Gajah, Abdul Karim Haji Ismail dan Ketua Kampung, Azemi Sabran.

Pada sebelah malanya pula diadakan forum perdana hal ehwal islam dengan tetamu Adik beradik, Ustad Kazim dan Hasbullah Haji Elias.

0 comments: