Template by:
Free Blog Templates

22 May 2010

UMNO Teras Orang Melayu







UMNO harus dipertahankan sebagai teras kepada perjuangan Bangsa, Agama dan Tanahair.


Apa yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, harus dilihat sebagai cabaran untuk ahli-ahli UMNO itu terus memperkasakan parti menghadapi PRU yang ke 13.


UMNO, adalah parti keramat yang akan menentukan hala tuju dan masa depan orang melayu, kata Saya ketika merasmikan Mesyuarat Agung tahunan UMNO Cawangan Air Hitam petang tadi.


Dalam hubungan ini perpaduan adalah kunci utama bagi menjamin UMNO itu terus kuat dan sentiasa dihormati oleh semua pihak.


Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan, Norbin Saat di mesyuarat yang diadakan di Dewan Orangramai Air Hitam. Jariah binti Mat Zin adalah juga seorang ahli yang cukup aktif sebelum ini.


Saya juga Warga Emas, Hssan bin Arshad, 77 tahun yang juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di Felda, Ijok. Juga turut di lawati ialah Ramlah binti Abu Kassim, 68 tahun yang juga tinggal di Felda.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS

Dalam UMNO ada team A dan team B. Kedua-dua mereka ini tidak ada perpaduan.

Kalau ahli Parlimen (Team B) dan Ketua Bahagin (Team A) tidak berpadu macam mana kami hendak perpadu.

Banyak pembangunan boleh dilaksanakan di Kubu Gajah jika ahli Parlimen kita berbaik2 dengan ketua bahagian.

Cukai asas tani dari getah dan kelapa sawit kita sangat besar (lebih 280 juta pada 3 tahun yang lepas). Wang tersebut boleh membina jalan briddle (batu kelikir kecil) dari Sg Dendang Jalan Taiping hingga ke Tebing Tinggi dekat markas PAS. Hanya satu lot tanah sebelah depan kepunyaan ahli PAS yang lainya kepunyaan ahli UMNO tapi ramai meninggalkan Tebing Tinggi kerana tidak ada kemudahaan asas. Ada 7 estates tapi estet2 tersebut sudah membina jalannya sendiri.

Saya sudah syorkan perkara ini kepada Ketua Kampung yang dulu tapi beliau katakan masih dalam kajian. Lepas itu pakatan hendak ambil alih.

Takut nanti orang kampung Kubu Gajah jadi seperti Serawak dan Kelantan macam royalty minyak.

Cukai asas tani getah dan kelapa sawit Kubu Gajah dan Selama digunakan untuk membuat jalan kerumah-rumah bukan untuk kemajuan pengangkutan kelapa sawit dan getah. Jika ditanya wang ini datangnya dari peruntukan yang lain. Takkanlah dari minyak pula.
Kebanyakan wang teresbut digunakan untuk pembangunan sosial tapi tidak ekomomi.

Sekian untuk pengetahuan YMDS.