UMNO terus diberi kepercayaan dan malam tadi, seramai 22 orang ahli baru diterima dalam satu majlis di cawangan dalam UMNO Bahagian Larut.
Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, Saya mengalu-alukan kehadiran mereka dalam satu majlis yang diadakan di Tanjung Lengkong yang turut dihadiri oleh Ketua cawangan, Ahmad bin Otman dan Tuan Rumah, Abdul Rani bin Saman.
Dalam ucapan mengalu-alukan kehadiran mereka dalam keluarga UMNO diharap ia akan memperkuatkan lagi parti. Parlimen Larut yang diwakili oleh 100 peratus Calon UMNO telah berjaya memenanggi kesemua keempat-empat kerusi yang dipertandingkan termasuk tiga DUN.
Saya juga mengingatkan bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO jika soal perpaduan tidak diutamakan.
Sebelum itu, Saya juga meresmikan beberapa mesyuarat cawangan dengan ingatan agar orang melayu mengambil iktibar dengan keputusan Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu dan menjadikannya sebagai pengelaman untuk menghadapi menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Masalah dan nasib orang melayu di bawah pentadbiran pembangkang juga harus dijadikan tauladan dan pentingnya orang melayu bersatu dalam menghadapi saat yang lebih mencabar.
Cawangan-cawangan yang mengadakan mesyuarat mereka ialah Pekan Selama, Pondok Quinn, Kamung Perak, Batu 14, Pondok Tanjung, Pantai Besar Ijok dan Taman Kota Wira.
Saya juga mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa UMNO Cawangan Tebing Tinggi.
2 comments:
YMDS,
Pengajaran yang kita perolehi dari pilihanraya SIBU ialah isu kroni dan nepotisma.
Apa yang kita takut jika perkara ini berterusan 10% orang Melayu atasan akan menjadi lebih kaya dan yang pertengahan akan menjadi miskin. Yang miskin bertambah miskin.
Jika ada lebih 4 juta ahli UMNO takkanlah orang yang sama menjadi 4 pengarah syarikat. Lihat sahaja Sime Darby kerana tidak mahu memilih ahli UMNO gulungan specialist. Mereka masih memilih Pengarah Malay Studies dan EKONOMI.
Jika pengarah Sime Darby perihatin sudah tentu mereka dapat mengaesan kesulitan semasa mesyuarat lembaga pengarah yang pertama.
Saya lihat mesyuarat tahunan syarikat diadakan 6 hingga ke 8 kali setahun.
Perkara ini boleh dikesan semasa mesyuarat awal lagi sebelum nasi menjadi bubur.
Kenapa tak pilih ahli UMNO yang lebih pandai menjadi pengarah. Ada lebih 4 juta ahli UMNO. UMNO tidak ada data base bagi ahli yang pandai berniaga sebab itu syarikat GLC tidak dapat untung melebihi keuntungan Bank Rakyat.
Kenapa tidak dijadikan keuntungan Bank Rakyat menjadi bench mark/cut off point (kayu ukur) Jika tidak tercapai carilah orang lain menjadi pengarah. Kalau hendak orang UMNO ramai yang lebih panadai daripa orang seoerti Dato Zahid atau TS D Musa.
Saya lihat tiada soalan yang datang dari PNB semasa mesyuarat syarikat Adakah mereka yang ada di PNB tidak pandai.
KWSP baru sahaja pandai memberi soalan semasa mesyuarat syarikat.
Sekian untuk makluman YMDS
salam ymds,
saya selalu mengikuti tulisan2 ymds
saya suka, tulisan2 ymds yang positive semuanya berkisar kerja2 ymds lakukan saya harap semua wakil2 rakyat dapat melakukan perkara yg sama - orang perak dipahang.
Post a Comment