Template by:
Free Blog Templates

13 May 2010

Lawat Keluarga Miskin Tidak Kira Parti





Petang tadi, Saya berkesempatan melawat seorang warga emas yang berusia 94 tahun di Kampung Sungai Jernih di Hulu Ijok.


Kedatangan saya disambut penuh mesra, Endut bin Mat Deris yang agak uzur. Beliau tinggal bersama isterinya di sebuah rumah yang agak lama.


Anak perempuan beliau yang bakal menerima menantu turut mengundang saya sekeluarga ke majlis kenduri perkahwinan anaknya bulan depan.


Yang penting dalam setiap lawatan saya samada ke atas warga emas yang sakit, orang kurang upaya (oku), Ibu tunggal atau keluarga miskin, saya tidak mengutamakan soal parti yang mereka sokong.


Saya juga menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada pesakit lumpuh, Salasiah binti Lazim, 54 tahun di Kampung Kelian Tok Budi, Bendang Luas.


Beberapa minggu yang lalu, Saya telah melawat beliau yang cuma tinggal dengan seorang anak yang bekerja kilang dan tinggallah beliau sendirian.


Saya juga melawat seorang lagi Warga Emas, Salmiah binti Husin, 72 tahun yang juga tinggal sendirian di rumahnya di Kampung Sungai Jernih.

3 comments:

Anonymous said...

akm dato Terima kasih kerana Prihatain...

...Maka mari kita lihat apakah pemimpin Melayu yang baru ini, yang kini berada di anjung kuasa, menggantikan datuk seri Nizar, sudah membalas budi orang Melayu yang menyokong nya seperti mana Datuk Seri Haji Nizar membalas budi kaum Cina.

Orang Melayu Batu Kurau yang sangat ortodoks menyukung UMNO, tidak pernah kalah lagi parti UMNO di Dun Batu Kurau. Orang Batu Kurau adalah penyumbang undi yang besar bagi menyelamtkan UMNO daerah Larut. Kalau tidak kerana undi DUN Batu Kurau sudah pasti rebah Datuk Hamzah (calon import ipoh timur) sebagai Ahli Parlimen Larut.

Apalah sangat boleh di harap dari undi DUN Kubu Gajah. Raja Ahmad pon sudah rebah nasib baik Mahkhamah menyebelahi beliau. Raja Ahmad menang 68 undi sahaja. Namun apalah nasib orang Batu Kurau, lihat lah saja. Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zamry pon tak sudi melawat orang Batu Kurau. Tak sudi berqiamullai dengan orang Batu Kurau. Tidak berjanji untuk memodenkan pekan Batu Kurau seperti mana janjinya pada pekan Kubu Gajah.

Wahai orang Batu Kurau renung lah sedikit, tempat yang selalu kalah senang mendapat projek atau pon tempat yang sentiasa menang mudah mendapat projek. Tengok Datuk Seri Dr.Zamry lebih menyayangi DUN Kubu Gajah, segala projek di janji kan disana. Lihat juga projek-projek untuk DUN Selama dan bandingkan dengan DUN Batu Kurau. Orang Batu Kurau sokong dan sorak saja lebih habuk pon tarak...

(Baca lagi di Tabuans.blogspot.com)

jebat said...

YB Dato' Seri,

Tahniah dan teruskan Khidmatbaik YB. Jangan fikir sangat apa yang orang kata. Bukan senang nak buat baik. Yang pentingnya niat baik ...

Jangan pilih kaum. Keutamaan kepada yanglebih memerlukan...

Saya kurang 'arif tentang kedudukan kampung kampung di Perak. Tapi berpandukan gambar yang YB siarkan saya rasa
YB berada di jalan yang betul...

Teruskan, Insya Allah akan diberkati Allah...

JEBAT - (bukan Jebat Derhaka)

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

sebenarnya lawatan mb ke dun kubu gajah adalah keputusan mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah. lagi pun mb akan juga melawat tempat-tempay lain. mb dah pun sebelum ini datang me batu kurau. untuk makluman batu kuraulah antara dun yang paling awal beliau datang. kubu gajah baru sekali selepas setahun menjadi mb. Tak timbul dun kubu gajah dapat lebih daripada dun batu kurau. mb dalam ucapan di hari keputeraan dymm paduka seri sultan perak menyebut hasrat kerajaan negeri untuk memajukan batu kurau. saya dengan rasa rendah diri mohon agar janganlah ada pandangan yang negatif. kalau kita mahu orang melayu maju, marilah kita sama-sama bersatu hati dan ikhlas saling membantu. kepada saudara jebat terima kasih diatas sokongan.