Template by:
Free Blog Templates

11 May 2010

Ketua Kampung dan Dunia Siber










Ketua-Ketua Kampung dan ahli-ahli JKKKnya harus mempunyai pengkalan data mengenai kampung mereka, termasuk masalah kebajikan, pendidikan dan kemiskinan.


Kearah itu, mereka harus ada pengalaman menggunakan komputer dan dalam hubungan ini, kursus khas mengenai celek komputer dan kursus lanjutan bagi mereka yang pernah mengikutinya sebelum ini, akan diadakan tidak lama lagi.


Dunia siber kini, semakin digemari oleh manusia untuk mencapai kemajuan, justeru amat rugi jika rakyat Negara ini tidak menggunakan kesempatan yang itu.


Selain merasmikan karnival bersama rakyat anjuran RT dan Komuniti Bistari DUN Kubu Gajah Ahad lalu, Saya juga menutup program merapatkan jurang kemiskinan digital Negeri Perak di Felda ,Ijoik.


Dalam kursus tersebut bukan sahaja remaja yang hadir, tetapi juga orang Dewasa, bahkan ada juga mereka yang telah bercucu, namun ia cukup membanggakan Saya.


Sebelum majlis itu, Saya turut mengadakan perjumpaan dengan Pemuda Cawangan Sungai Dendang dan melawat keluarga miskin di situ.


Menghadiri majlis kenduri kahwin sudah menjadi satu daripada agenda Saya. Ahad lalu, dua kenduri kahwin yang sempat Saya hadir ialah di Bagan Bahru dan di Kampung Padang Lalang, Batu Kurau.

3 comments:

jebat said...

Salam Dato'Seri,

Satu idea yang bagus dan sepatutnya ada pada orang orang Melayu Hari ini. Terutamanya di Kampung kampung.

MALANGNYA ....

Masaalah kewangan adalah masaalah utama mereka

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas komen.

Anonymous said...

Salam Dato Seri
saya ingin merujuk kepada dunia siber,sepertimana kerajann telah melancarkan NBI pada 2004 dan HSBB pada 2010 dengan sasaran 50% penembusan jalur lebar di Malaysia hujung 2010. barangkali 50% penembusan jalur lebar itu adakah selari dengan servis yang disediakan masih tidak ditafsir dengan terperinci....
disini saya ingin tahu adakah di DUN KUBU GAJAH akan dipasang coverage 3G..terutamanya CELCOM 3G bukan apa nnti kalau balik kampung dapat jugak melayari internet..(maaf jika soalan ini ditujukan kepada pihak yang tak ada kaitan)
sekian....