Bagaikan tidak percaya melihat sebuah keluarga miskin di Kelian Gunung di Hulu Ijok yang bukan sahaja tinggal dalam sebuah rumah yang kecil, tetapi hanya diperbuat daripada buluh.
Itulah yang termampu dilakukan oleh Mohd Ariffin bin Awang, 32 tahun yang tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan beliau yang berusia 15 tahun.
Tidak jauh daripada rumah beliau, Ariffin sedang membina sebuah rumah yang agak besar sedikit, yang diperbuat 100 daripada kayu yang diambil dalam hutan.
Dalam tinjauan Saya petang semalam, keluarga tersebut terdedah kepada bahaya dan sering dilandar bannjir kerana rumah mereka terletak tidak hanya beberapa meter daripada sungai.
Lagipun, mereka sehingga kini belum membuat permohonan untuk mendapatkan apa-apa bantuan daripada mana-mana agensi Kerajaan.
Dalam perjalanan keluar Saya juga sempat singgal ke rumah seorang Warga Emas, Abdullah bin Mohd Saman, 78 tahun yang tinggal di sebuah rumah pprt yang pemberian Kerajaan beberapa tahun yang lalu.
Melihat kepada rumah beliau, Saya merasakan rumah seumpama itu sudah tidak lagi sesuai dan perlu diganti dengan pemberian rumah pprt sekarang yang bernilai RM 33,000.
Kebanyakan rumah pprt dahulu diperbuat daripada papan dan terlalu kecil. Abdullah yang tinggal sendirian mengambil upah membuat bubu untuk menangkap ikan.
Sebelum itu, Saya melawat rumah Shamsuddin bin Abdul di Perkampungan rumah rakyat miskin di Kampung Sangkut yang membuat permohonan, mendapatkan bantuan rumah pprt.
Perkampungan pprt di Kampung Sangkut itu telah berusia lebih daripada 20 tahun. Kebanyakan rumah-rumah mereka telah uzur dan mereka mengharapkan bantuan untuk mengganti atau memperbaiki rumah mereka.
Saya berharap Agensi yang terlibat melaksanakan rumah pprt ini, wajar mengakaji semula sistem pemilihan peserta untuk menerima bantuan tersebut kerana masih ramai mereka yang benar-benar layak, tetapi tidak tersenarai sebagai penerima.
3 comments:
Y.B. Dato' Seri,
Sunguh malang sekali negara kita yang di jangkan mempunyai pendapatan tinggi masih lagi ramai rakyatnya yang susah dan mempunyai rumah kurang sempurna ..
Bantuan negara ini keluar negara berjumlah berbillion dollar,tetapi rakyat sendiri masih dhaif. Tidak punya rumah yang sempurna.
Saya menyokong blog YB Dato'Seri supaya menyedarkan pemimpin2 UMNO khasnya dan kerajaan 'amnya supaya membuka mata mereka dan jangan hanya melihat keindahan PUTRAJAYA sahaja..
Wahai peminpin2, Bangunlah dari lena kamu di PUTRAJAYA...
Lihatlah kami rakyat miskin..
Hilangkanlah sejenak nyanyian dan gurindam DATIN2 dan DATIN2SERI.... Lihatlah kami di ceruk-ceruk kampung.
Salam hormat..
YMDS,
Apabila membina rumah PPRT/Mesra Rakyat tentukan yang memohon tinggal di situ.
Sebagai contoh, saya melihat rumah mesra rakyat di Kubu Gajah berhampiran pejabat UMNO dan satu lagi di Sg. Lompong, sebelah kanan menuju ke Ijok berdekatan tanda iklan jual ikan bujuk dll. Saya lihat rumah tersebut tanpa penghuni.
Cuba lihat tapak rumah bakal rumah PPRT kampung Tengah. Tebing Tinggi.
Ada antara mereka membuat rumah tak siap agar tanah tersebut dikurniakan kepada mereka.
Misalannya Encik Md. Nor (juga dilantik menjadi pegawai rela Selama) bekerja di Majlis Perbandaran Selama. Setelah membiarkan tanahnya di Bukit Torak dilelong dengan harga melibihi 100 ribu ringgit dan seterusnya beliau mendapat kemudahan 2 tapak menjual
di pasar Majlis atas nama ahli keluarganya.
Akhir sekali membuat kebun sayur di tapak ruamh, Kg. Tengah Tebing Tinggi (lot Belakang)
Lebih kurang 10 tahun dahulu ada perwakilan persidangan AGUNG UMNO mengatakan ada segelintir pemimpin UMNO seperti tokong Hindu yang mempunyai 6 tangan.
Dua tahun yang lepas ada perwakilan menegur tentang pempimpin GLC.
Mereka berpendapat ahli UMNO yang sama juga mendapat tender, pengarah GLC, bintang, gaji, (sampai 6) dsbnya.
Seperti Encik Md. Nor beliau akan dapat tapak rumah di Kg. Tengah, T. Tinggi, 2 tapak jualan (atas nama keluarga), pekerja majlis, ketua rela (jumlahnya 6 juga).
Ramai mereka jual tanah supaya menjadi miskin untuk mendapatkan kemudahan kerajaan seperti Encik Md. Nor.
Jika keadaan begini berlaku yang kaya akan menjadi kaya dan yang miskin menjadi miskin kerana orang yang sama mendapat 6 bantuan kerajaan, yang lain tiada bantuan. Bila ditanya jawapanya ialah mereka tidak memohon. Sebab itu Md. Nor dapat semua. Betul juga.
Saya bermohon YMDS betul2 meniliti mereka yang berhak sahaja menerima bantuan.
Kalau boleh janganlah orang yang sama dapat semuanya.
Ada sampai dapat 3/4 bintang kehormat. Saya pernah serumah dengan salah seorang daripada mereka. Tapi lebih malas dari saya.
Berikanlah 2 bintang lagi untuk orang lain seperti 2 orang Cikgu kita yang rajin. Seperti cigu Wahid dan Abu Samah. Janganlah orang yang sama dapat 3/4 bintang seperti di Selama
Saya dengar kawan saya ni nak isi borang mendapatkan bintang yang lain.
Sekian agar mendapat perhatian YMDS.
terima kasih sdra jebat atas keperhatinan sdra. dan juga pandangan yang membina yang lain.
Post a Comment