8 May 2010
Zahid minta sokong Zambry
Naib President UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli-ahli parti semua peringkat di Perak memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Sokongan padu kepada kepimpinan Dr Zambrypenting bagi menjamin kekuatan Barisan Nasional (BN) dan UMNO menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Dr Zahid yang juga Menteri pertahanan berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung 1,666 cawangan UMNO seluruh Perak di dewan tertutup Indera Mulia di Ipoh pagi tadi.
Bekas ketua pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu juga mengingatkan bahayanya perpecahan dalam parti.
Pembangkang tidak kuat, tetapi atas kelemahan UMNO itu sendiri menguntungkan lawan.
UMNO Perak mencatat sejarah kerana mengadakan perasmian mesyuarat Agung cawangan seluruh negara serentak dan Dr Ahmad Zahid menambah ia sebagai satu penghargaan kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi.
Beliau juga membidas politik tikam belakang dan mengajak ahli-ahli parti menolaknya terus tanpa sebarang kompromi.
Dr Ahmad Zahid ketika mengulasn kebebasan bloggers beliau juga tidak menafikan peranan penting mereka.
Dr Zambry yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata kepimpinan cawangan seluruh Perak dikumpulkan dalam perjumpaan di Ipoh adalah sebagai menghargai peranan mereka.
UMNO Perak mengiktiraf pemimpin dan ahli peringkat akar umbi kerana merekalah yang menentukan kepimpinan bahagian dan seterusnya bahagian membentuk perhubungan negeri.
Sambil merayu agar ahli-ahli UMNO mengutamakan perpaduan, Dr Zambry juga meminta perbuatan mengedarkan surat layang dan sms berbau fitnah dihentikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Yang Berhormat Datuk Seri'
Kenapa KITA mesti sokong YB D. Dr.Zambry sahaja. Kenapa tidak calonkan juga YB D. Dr Zahid supaya menjawat kedudukan yang lebih tinggi dalam MAJLIS TERTINGGI
Sepatutnya wakil UMNO Perak jangan berbelah bagi. Calon kedua-duanya dan juga Datuk Nazri jika boleh.
Pakat dengan Sabah, Sarawak dan Johor.
Jika Sabah, Johor dan Sarawak tak mahu calon wakil kita kita juga tak mahu calon mereka.
Saya rasa itulah yang dinamakan politik zaman sekarang. Namanya main politik.
Kalau tidak sampai bila-blla pun orang Perak tak jadi Perdana Menteri.
Saya betul-betul kepingin orang Perak jadi PM. Elakkan berpual-puak seperti orang Jawa, Banjar, Mendiling dsbnya. jangan terlalu ego.
Kita lihat tiap-tiap mentri ada kelemahannya. Apa salahnya YBD Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri. YB. D Dr. Zambry Naib President UMNO.
Hai orang perak jangan sombong atau ego bersatulah wakil UMNO PERAK. Saya berkawan dengan orang PERAK saya nampak macam sombong sedikit jika naik pangka. Sebab itu mereka tidak boleh bersatu untuk memilih perwakilan bagi mendapatkan kedudukan di majlis tertinggi.
Sekian pendapat saya Yang Berhormat Datuk Seri.
Terima kasih.
terima kasih atas pandangan. sebenarnya yb datuk seri dr ahmad zahid hamidi telah mencatat sejarah sebagai naib presiden umno yang pertama daripada perak. ini terbukti bahawa umno perak telah menunjukan perpaduan. masih ingatkah bagaimana dua tokoh daripada perak yang kecundang dalam perebutan jawatan naib presiden sebelum ini? iaitu allahyarham tan sri ghazali jawi dan tan sri ramli ngah talib. siapa yang tidak mahu orang perak menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri?
Post a Comment