Template by:
Free Blog Templates

5 May 2010

Elak Perpecahan Dalam UMNO



Ahli-Ahli UMNO perlu meletakan perpaduan sebagai asas utama bagi menjamin kekuatan Parti pada setiap masa.


Pembangkang menang dalam Pilihanraya Umum dan Kecil bukan kerana mereka kuat, tetapi disebabkan berlakunya perpecahan dalam Parti.


Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini membuktikan perpaduan ahli parti kembali kuat.


Justeru, barang diingat, segala kelemahan akan hanya memberi ruang kepada lawan untuk mengambil kesempatan.


Saya berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan dan minum petang bersama Cawangan UMNO Tebing Tinggi yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Cawangan berdekatan.


Parti yang jatuh sukar bangun semula dan ini telah berlaku di Negara-Negara seperti Jepun apabila LDP yang suatu ketika kuat telahpun tumbang. Begitulah juga Parti Kongres di India dan Golkar di Indonesia di sebabkan masalah dalaman.


Justeru, jadikanlah pengelaman pada Pilihanraya UMUM 2008 sebagai iktibar untuk BN bangkit semula pada PRU ke 13.

5 comments:

FAN said...

Setuju dengan Dato'..Perpecahan membinasakan dan membuka peluang musah menghancurkan kita..

tabuan said...

betui tu dato, perpecahan ini terjadi bukan di sebabkan oleh orang bawahan (maka elok tak payah ceramah kat org bawah) perpecahan ini di sebabkan oleh para pemimpin UMNO yg gila kuasa, pangkat dan jawatan.
Lihat sahaja bila berlaku perebutan jawatan dlm UMNO maka akan berlakunya perpecahan sehingga wujud parti serpihan seperti PAS/S46/PKR.
Maka penyebab utama nya adalah pemimpin UMNO ( maka ceramahlah kat pemimpin UMNO)
Contoh nya dalam pemilihan ketua bahagian perebutan macam nak gila, langsung tak berlandaskan prinsip demokrasi yg di amalkan,(kalau aku tak dapat jawatan ketua bahagian aku nak lompat parti)Ugutan!!!
Sehingga ada bahgian yg terpaksa di tangguh pemilihan nya....
Bila kita tanya sebab apa nak jawatan ketua bahagian ini " jawab nya saya nak berkhidmat untuk rakyat" ehh kalau tak jadi ketua bahagian tak boleh ka berkhidmat untuk rakyat, tak dapat pahala kerr..atau pon tak mahsuk poket..

Anonymous said...

Dato'..
dengaq kata oghang blah ulu selama nak melompat masuk pas..almaklumlah musim hujan nie...katak suka melompat.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas segala pandangan. pengalaman di hulu selangor banyak memberi petunjuk dan boleh dijadikan iktibar betapa pentingnya perpaduan.

Anonymous said...

YMDS,

Salah satu sebab perpecahan berlaku disebabkan semua hendak jadi ketua. Mereka ingat mereka semua pandai. Lihat contoh Ulu Selangor.

Ada 7 ketua, mereka agak mereka pandai.

Sepatutnya penilaian yang dibuat hendaklah berdasarkan apa yang mereka telah buat selama 3 tahun yang lepas (atau lima tahun yang lepas untuk PRM13.

Ketua Pemuda MIC anggap beliau juga layak. Ketua Bahagian UMNO juga mengaggap ia layak. Ketua Bahagian MIC juga mengganggap beliau layak. Dll.

Supaya penilaan lebih adil skala pengukuran bagi mereka yang baru (misalnya pegawai dri JPM) juga mesti bolehpakai.

Kerana mereka mempunyai kerja yang berbeza memadaiilah menilai kerja amal/kemasyarakatan/NGO/kerja tanpa gaji/Sabtu Ahad yang mereka telah jalankan.Misalan lawatan pada hari Minggu, menjadi jurulatih bola dsbnya.

Kalau tidak mereka yang akan jadi pemimpin nanti hanya pemimpin yang retorik tapi KPInya hampir kosong jika dibandingkan dengan WR di Johor, Melaka dll. Cuba lihat wakil rakyat kita yang sudah-sudah.

Cuba kita nilai KPInya.

KPI saya yang pertama siapakah antara wakil rakyat di tempat kita sejak merdeka dulu (D.Hj.Hussein) dapat mengumpul paling banyak cukai (seperti cukai ekspot kelapa sawit dan getah)tidak langsung melalui kemajuan pertanian/pekebun kecil di daerah Selama.

Perkara seperti inilah yang perlu kita ambil perhatian bila memilih pemimin.

Terima kasih YMDS