Melawat orang sakit dan uzur, telah menjadi tugas harian Saya dan tindakan itu juga merupakan satu pendekatan untuk mengetahui keadaan dan kebajikan Masyarakat di DUN Kubu Gajah.
Perhatian juga diberikan keapda keluarga miskin, Ibu Tunggal dan Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Sebaik diberitahuu seorang peneroka, Zol Mat Dris, 70 tahun jatuh saki,t petang tadi saya mengambil kesempatan melawat beliau di rumahnya di peringkat 4, Felda Ijok.
Zol, menurut isteri beliau jatuh sakit pada hari Rabu yang lalu. Seorang daripada anaknya yang sedang bekerja di Putrajaya juga pulang untuk sebaik diberitahu.
Dengan ditemani oleh Ketua Kampung, Saya juga melawat seorang lagi peneroka, Ismail Abdullah, 82 tahun yang jatuh motor di peringkat 2, Felda Ijok.
Beliau bagaimanapun, beransur pulih dan sedang berada di atas tangga ketika saya sampai. Ismail kelihatan agak ceria menyamut kedatangan saya.
Selepas itu, Saya singgah di Bagan Bahru untuk meninjau masalah yang timbul di situ. Saya telah melawat parit dan longkang yang tersumbat dan menjadi rungutan kepada penduduk bila musim hujan.
Saya juga meminta agar pihak berkenaan membersih longkang yang penuh semak tanpa dijaga dengan baik dan menjadi salah satu punca air tersumbat.
Kebetulan liga Pemuda UMNO Bahagian sedang berlangsung, Saya juga sempat memberi sokongan moral, selain singgah di kedai kopi yang berhampiran yang penuh dengan pelanggan untuk bertanya khabar.
0 comments:
Post a Comment