Template by:
Free Blog Templates

21 May 2010

Hasrat Munirah Tercapai Wakil Negara




Alhamdullilah hasrat pelajar, Nur Munirah binti Mat Rahim, menyertai kejohanan catur remaja Asia di Beijing, China bulan Julai akhirnya tercapai, setelah mendapat tajaan.

Pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hussein (SMKDHH) itu dipilih mewakil Negara ke kejohanan tersebut dari 8 hingga 15 Julai.

Beliau terpilih mewakili Negara setelah muncul juara di kejohanan catur remaja Kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang, Mac lalu.

Anak sulung kepada Mat Rahim, Ketua Kampung Ulu Mengkuang itu pada mulanya memerlukan tajaan untuk ke kejohanan catur di Filipina bulan Jun ini, sebanyak RM 4,778.

Namun, oleh kerana kejohanan Asia itu lebih besar, maka beliau dinasihatkan untuk ke Beijing. Nur Munirah hampir kecewa untuk menyertai kejohanan tersebut kerana Persatuan Catur Malaysia tidak mempunyai wang untuk membiayai pemergiaan beliau.

Namun, Bapanya tidak berputus asa dengan memohon bantuan daripada pelabagai pihak termasuk Menteri Besar Perak.


Saya juga membangkitkan masalah Munirah ini di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama.

Beliau juga turut menemui Saya dan akhirnya masalah itu selesai setelah Saya sendiri berbincang dengan pihak di Pejabat Menteri Besar.


Petang semalam, satu majlis doa selamat dan penyerahan pakaian sukan sebagai tanda penghargaan UMNO Bahagian Larut yang berbangga diatas kejayaan beliau, telah diadakan di rumah keluarganya di Ulu Mengkuang.

Turut hadir ialah bekas Ketua Kampung Ulu Mengkuang, Haji Mohd Noor Haji Hassan dan Ketua Wanita, CHe Non Abdul Ghani dan Ketua Puteri, Norazian binti Salleh serta ahli-ahli JKKK.

3 comments:

Wake UP! said...

Sekalung tahniah kepada Cik Nur Munirah. Sikap tidak putus asa ini kita mahu ada di dalam setiap orang Melayu kita.

Other questions

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

kita doakan semoaga anak kampung ini mampu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

jebat said...

YB Dato' Seri,

Tahniah kpd Nor Munirah mudah-mudahan akan terus beroleh kemenangan. Amin