Bekas Ahli Parlimen PKR Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrin yang kini menjadi wakail Bebas dan seorang lagi teman beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Fairus kini menjelajah ke seluruh Negara untuk memberi penjelasan sebenar kenapa mereka meninggalkan parti tersebut.
Zahrin yang pernah mengetuai UMNO Bahagian Tanjung suatu ketika dalam nada berterus terang berharap penjelasan beliau itu akan membuka mata ramai lagi dan berharap mereka memilih jalan yang terbaik dalam perjuangan politik.
Dalam satu ceramah di Batu Kurau malam kelmarin, beliau berkata hanya Barisan Nasional (BN) parti yang terbaik untuk membela nasib rakyat dan yakin kepada kepimpina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Zahrin bersedia membantu Datuk Seri Najib dan yakin rakyat telah mula kembali dan meletakan kepercayaan kepada BN dan kemenangan di pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah sebagai bukti dasar dan kepimpinan Perdana Menteri serta 1 Malaysia semakin diterima.
Fairus pula mula bercakap mengenai pendirian beliau meletakan jawatan dan meninggalkan perjuangan yang sia-sia itu dan memilih untuk menyertai UMNO atas rasa ikhlas.
Dalam penjelasan beliau, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tiada akan menyentuh peribadi mana-mana pihak. Akan tetapi, jika mereka terus menyerang beliau, beliau bersedia berdepan dengan mereka ini.
0 comments:
Post a Comment