Elakan pembaziran dan lakukan perancangan yang bijak. itu adalah nasihat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) kepada semua Agensi dan Jabatan Kerajaan.
Dalam mesyuarat PAC di Bangunan SUK semalam, juga meminta Ketua-Ketua Jabatan mengenal pasti projek yang perlu diberikan keutamaan.
Ada projek berjuta ringgit yang telah siap dibina, tetapi tidak digunakan dan PAC akan memanggil pihak yang terbabit untuk memberikan penjelasan.
Pembinaan rumah-rumah awam kos rendah yang tidak mengikut spekfikasi dan berkualti dan ada juga yang masih tidak diduduki yang melibatkan beratus buah juga dikenal pasti dalam laporan Audit yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.
Pihak berkenaan juga akan dipanggil untuk mendapatkan penjelasan. Beberapa orang lagi Ketua Jabatan juga telah dikenal pasti untuk dipanggil oleh PAC dalam masa terdekat bagi menjelaskan beberapa isu yang timbul berhubung perlaksaan projek termsuk bangunan Pentadbiran sebuah Jabatan.
PAC berharap dapat menyiapkan laporan penuh Agensi dan Jabatan Kerajaan di Perak hingga tahun terakhir 2008 pada sidang Dewan Negeri (DUN) yang akan datang.
PAC juga akan mengadakan lawatan mengejut keatas beberapa agensi Kerajaan yang sentiasa berurusan dengan orang ramai.
Jawatankuasa tersebut selepas mengadakan temu bual dan mendapatkan penjelasan terperinci daripada Jabatan dan Agensi berkenaan kemudian akan mengemukana laporan tersebut kepada Menteri Besar dan Setiasusaha Kerajaan untuk tindakan selanjutnya.
Oleh itu, PAC berharap mana-mana Ketua Jabatan yang dipanggil berdepan dengan jawatankuasa tersebut agar tidak menggelakkan diri agar segala urusan menyiapkan laporan tidak akan tertangguh.
0 comments:
Post a Comment