Dalam majlis makan malam meraikan peserta kursus pemuda wira bangsa anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, malam jumaat lalu, Saya telah meminta agar ahli-ahli pemuda lebih gigih dalam memikul tanggungjawab dan amanah bangsa, agama dan negara.
Pemuda tidak dilihat hanya sekadar berarak dan menunggang motor serta memasang poster, tetapi lebih penting mereka adalah kumpulan pelapis untuk menyambung wadah perjuangan di masa depan.
Sambil memuji pergerakan tersebut yang dipimpin oleh Annuar Ariffin, Saya juga berharap agar mereka lebih pro aktif menjalankan program dan aktiviti.
Mereka wajarlah juga tampil dalam aktiviti kemasyarakatan seperti majlis kenduri kahwin kerana pada masa ini untuk menjadi mentara dari kalangan anak muda semakin berkurangan dan ini menyebebkan tradisi majlis kenduri semakin berubah tidak lagi berasaskan cara lama.
JKKK juga diminta agar tidak mengenepikan peranan dan tanggungjawab pemuda dengan membabitkan penglibatan mereka bersama.
Saya telah menyampaikan sijil tamat kursus pemuda wira bangsa yang dianjurkan oleh Biro Latihan UMNO Perak baru-baru ini.
2 comments:
YMDS,
Saya lihat banyak kerja pemuda bertindih dengan wanita, veteren UMNO, Puteri UMNO dll pertubuhan dalam UMNO.
Macam tidak ada focus
Cuba berikan mereka satu kerja yang mencabar.
Iaitu mencari dan mendaftarkan ahli baru UMNO seberapa ramai yang boleh.
Bagi mereka yang mendapat ahli UMNO yang paling ramai sekali diberikan hadiah seperti melawat MEDAN
Sampai di MEDAN kita minta YB kita yang bersara dahulu iaitu, YB D Kassim, Jelai, Batu Kurau memberi semangat supaya otak mereka berpegang kepada ideologi UMNO bukan kepada pemimpin kerana pemimpin UMNO ada juga yang bersalah.
Pemuda yang tak cukup akal jika salah seorang pemimpin buat salah mereka akan keluar parti.
Yang salah bukan pemimimpin tersebut. Yang salah ialah mereka yang mencalonkan dan mengundi dalam mesyuarat tahunan.
Jangan macam PKR. marahkan pemimpin lari masuk UMNO. Ini orang yang tiada pegangan atau ideologi politik.
Mereka tidak tahu maksud KEADILAN.Apa yang mereka tahu pemimpin tak betul mereka pun keluar parti.
Itulah hakikatnya. Salah sendiri. Undi calon ikut-ikutan tanpa melihat CV mereka. Kalau pilihan salah kita keluar parti.
Saya selalu mengingatkan orang PAS kalau pemimpin UMNO tak betul masuk UMNO dan tendang mereka. Bukan buat parti PAS kerana agama ISLAM itu sudah lengakap dengan politiknya, ekonominya, sosialnya dsbnya.
Sekian untuk perhatian YMDS
terima kasih atas pandangan.
Post a Comment