Template by:
Free Blog Templates

20 May 2010

KB Larut Terima Ahli UMNO Baru





Dalam majlis taklimat persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Larut hari i ni, Saya telah menerima permohonan ahli-ahli baru untuk menyertai parti keramat ini.


Borang penyertaan ahli-ahli baru itu diserahkan oleh Ketua UMNO cawangan Batu 14, Major (B) Sabaruddin Mohd Zain di majlis taklimat peringkat DUN Batu Kurau di Bangunan UMNO petang tadi yang turut disaksikan oleh Timbalan Ketua, Datuk Mohd Daud Yusof, Ketua Pemuda, Annuar Ariffin dan Ketua Wanita Bahagian, Sawipah Yahya.


Pada sebelah bagi taklimat yang sama diadakan untuk DUN Selama dan DUN Kubu Gajah yang dihadiri oleh Ketua-Ketua UMNO dan Setiausaha UMNO Cawangan.


Dalam taklimat itu Saya menekannkan pentingnya perpaduan Ummah untuk menjamin masa depan politik orang melayu.


Jika orang melayu ingin terus berkuasa di Negara tanah tumpah darahnya ini, mereka tidak pilihan,melainkan mengutakan agenda perpaduan ummah.


Salah satu faktor menyebabkan kelemahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum 2008 adalah disebabkan perpecahan dalaman, bukan kerana lawan itu kuat.


Saya juga minta setiap pemipin dan ahli umno mengutamakan masalah kemiskinan dalam perbahasan mereka supaya semua pihak dapat sama-sama berikan perhatian dalam menyelesaikan masalah ini.

3 comments:

jebat said...

YB Dato' Seri,

Telah banyak kita dengar berita MASOK UMNO dan penyeraran borang UMNO. Tapi UMNO/BN kalah juga dalam PR terutamanya diKELANTAN.

Waspadalah terhadap orang yang bermuka muka ini.

Bgaimanapun saya harap permohonan yang dato' terima itu iklas - benar benar mahu menyertai UMNO mudah mudahan.


JEBAT - anti orang tidak jujur.

Anonymous said...

YMDS,

Perpaduan susah hendak dicapai jika semua ketua/pemimpin cawangan menganggap dialah yang lebih pandai daripada yang lain. Dan seterusya perlu dipilih untuk jawatan yang lebih tinggi.

Jika hendak tulus mereka hendaklah menghantar CV mereka untuk diperhatikan (dibaca)wakil persidangann.

Ahli hendaklah diberikan taklimat tentang pemimpinan yang dipilih ialah mereka yang rajin, misalnya membantu penduduk miskin dan membuat kebajikan yang lain2.

Pemimpin yang hendak dipilih hendaklah menyenaraikan apa yang mereka telah buat selama 3 tahun yang lepas.

KPI mereka amat jelas. Jadi kita tahu siapa hendak pilih.

Saya dulu tidak tahu CV calon yang hendak dipilih.

Akhirnya kami pilih yang retorik dan yang sponsor persidangan/makanan kerana CV mereka tiada.

Jika tiada CV trend pemilihin kita nanti beralih daripada guru kepada 'business men' yang akan jadi wakil rakyat.

Secara penilaian 'kampung' memadailah mereka yang hendak bertanding menyenaraikan apa yang telah mereka buat selama 1 atau 3 tahun yang lepas, tak lebih daripada satu lembar.

Saya pernah berada dalam masyarakat Cina pada masa dulu. Mereka pilih mereka yang dermawan seperti JP Selama untuk jadi pemimpin. Sekolah Chi Sheng semankin besar. Persatuan murid tua Chi Seng semankin berkembang.


Kalau tak percaya tanya Cigu Jmaluddin, Ketua Kampung Gua Petai. Beliau lama mengajar di Chi Sheng.

Sekian untuk makluman YMDS

Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah said...

terima kasih atas pandangan dan teguran