Template by:
Free Blog Templates

4 May 2010

Mana Bantuan Baitulmal?








Bantuan rumah daripada Baitulmal Perak masih lagi menjadi rungutan termasuk individu yang mengalami bencana kebakaran.


Ketua Kampung juga mengeluh dan mengadu kepada Saya kerana permohonan anak buah mereka masih lagi tiada ada apa-apa tanda positif.


Malah janji daripada pegawai kanan Jabatan Agama Islam untuk bantuan rumah seorang penduduk yang rumahnya terbakar baru-baru ini pun hingga ke hari ini belum ada apa jawapan.


Saya membangkitkan masalah ini kepada pihak yang berkenaan bagi membantu meringankan bebanan rakyat miskin terutamanya dari kalangan umat islam.


Petang tadi, Saya mengadakan lawatan ke rumah Warga Emas,Bakri bin Saari, 72 tahun yang cukup uzur dan menunggh masa sahaja runtuh di Kampung Sungai Jernih. Beliau yang bekerja kampung, tinggal bersama isterinya, Zaimah binti Saidin.


Bakri yang gembira dengan lawatan Saya amat berharap sangat bantuan rumah agar beliau dan isteri dapat hidup selesa.


Saya juga melawat Warga Emas, Aishah binti Ssaari, 77 tahun, Rasidah binti Abdullah Ahmad, 76 tahun yang sangat uzur dan tingggal bersama suaminya Abdul Hamid bin Abdul kadir, 75 tahun juga di Kampung Sungai Jernih.


Mereka ini juga diharap akan mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seberapa segera yang boleh.

0 comments: