Alhamdullilah, setelah 40 tahun lamanya menunggu, akhirnya 66 orang peserta Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung, menerima Hakmilik masing-masing Jumaat lalu.
Mereka adalah baki terakhir daripada hampir 200 orang peserta yang menerima geran tersebut yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Kerian.
Saya turut menyampaikan hak milik tersebut bersama Pegawai Daerah Kerian yang diadakan di Dewan Orang Ramai RTBK Pondok Tanjung.
Begitupun, tanah yang dimiliki mereka sekitar 10 ekar seorang itu telahpun diusahakan dengan tanaman Kelapa Sawit. Begitu juga dengan tapak kediaman sekarang, telahpun diduduki mereka, walaupun kelulusan belum diperoleh secara resmi.
Pejabat Tanah Daerah Kerian berharap penyampaian geran tapak rumah peserta berkenaan dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini.
Dalam ucapan, Saya menyeru agar mereka yang telah menerima geran tersebut agar menjaganya sebaik mungkin dan tidak menjualkannya kepada orang lain demi masa depan anak dan keluarga mereka sendiri.
Saya juga memberitahu bahawa masalah tiadanya kata sepakat dan perpaduan juga boleh menghalang proses mempercepatkan sesuatu kelulusan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Saya juga berharap Pejabat Tanah berkenaan dapat menimbang permohonan Peserta RTBK untuk mendapatkan tapak bagi generasi kedua mereka.
0 comments:
Post a Comment