Template by:
Free Blog Templates

5 January 2011

Jalan Runtuh





Saya terkekut bila melihat dengan sendiri sebahagian jalan di Kampung Teras yang sering digunakan oleh orang ramai, tiba-tiba runtuh dan tidak boleh digunakan oleh kenderaan,kecuali motosikal.

Jalan ini penting bagi penduduk dan sebahagian kakitangan Pusat Latihan Khidmat Negara (LPKN) tinggal di Kampung Teras.

Penduduk Kampung yang lain juga menggunakan jalan tersebut untuk mencari makan mereka di ladang yang berdekatan.

Jalan Teras itu lah juga selama ini menjadi perhubungan pengguna dari luar yang melalui Kampung Teras untuk ke Ulu Mengkuang di Ulu Selama.

Saya juga berharap pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera meletakan papan tanda memaklumkan jalan tersebut bahaya untuk digunakan, terutama pada waktu malam.

Walaupun, motosikal masih boleh menggunakan jalan itu, tetapi mereka dinasihatkan berhati-hati kerana bimbang boleh mendatangkan kemalangan.

Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Yatam dan Ahli Majlis Daerah Selama, Mohamed Abdullah turut hadir dalam lawatan itu.

0 comments: