Template by:
Free Blog Templates

23 January 2011

BN



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri mengadakan perjumpaan tertutup dengan Jawatankuasa BN Bahagian Larut sempena lawatan beliau ke Batu Kurau dan Kubu Gajah, tegahari tadi.

Dalam perjumpaan di Bangunan UMNO Batu Kurau itu, turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Larut dan kesemua Wakil Rakyat BN di Parlimen Larut, selain wakil-wakil komponen dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Dalam pertemuan itu, soal memperkukuhkan perpaduan tetap diberikan penekanan dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Jentera BN Larut digesa bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke 13 pada bila-bila masa.

Dr Zambery yakin BN Larut akan dapat menggekalkan rekod cemerlangnya memenanggi kesemua empat kerusi Parlimen dan DUN.

Parlimen Larut adalah satu-satunya kawasan di Perak yang BN menang empat kerusi.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat PAS mengadakan hampir seminggu sekali di kampung saya tapi BN tak ada perjumpaan langsung.

Walaupun wakil rakyat PAS tidak kelihatan selalu turun padang tapi pengikut2nya selalu berjumpa-jumpa beristikarah.

Sebagai contoh saya lihat markas PAS di Tebing Tinggi hanya dianggotai satu dua orang sahaja dari kampung YMDS.

Yang lainnya datang dari Sungai Malau, Kubu Gajah dan Tebing Tinggi kawasan sekolah.

Bolehkah YMDS bina markas UMNO kerana di kawasan tempat lahir YMDS ramai ahli UMNO daripada PAS. Rumah yang sedang di bina di situ pun ahli UMNO juga.

Kalau hanya ada 1/2 ahli PAS di situ tapi ahlinya ramai yang datang dari jauh tentu YMDS boleh bina pula markas UMNO pula. Manakala ahli UMNO ada 4 keluarga sahaja. Cuba tanya Cikgu Abu Aliddin kalau tidak percaya cakap saya. Ahli UMNO lebih ramai dari PAS tapi kita tidak berani bina markas UMNO di situ.

Imej 'building' sangat mustahak dalam perniagaan. Begitu juga bagi politik. Imej PAS sangat terselah di Tebing Tinggi walaupun wakil rakyatnya kurang turun padang.

Persoalannya bolehkah kita menang PRU 13 seperti yang diharapkan YAB MB kerana imej kita kuarng menyerlah. Jika imej kita hendak menyerlah semua rumah JK politik hendaklah mengibarkan bendera UMNO dan Barisan. Imej building amat perlu untuk menaikkan suasana.

Saya lihat kelemahan PAS mereka tidak berani mengibarkan bendera PAS depan rumah mereka.

Mereka lebih berani mengibarkan bendera PAS dekat rumah saya ...macam baling batu sorok tangan.

Terima kasih kerana YMDS sanggup membaca celoteh saya ini.