Template by:
Free Blog Templates

13 January 2011

Tomoi



Persembahan Tomoi di DUN Kubu Gajah semakin diminati, terutama di majlis-majlis kenduri kahwin dan perasmian.

Sejak akhir-akhir ini, minat di kalangan anak kecil dan pelajar Sekolah juga semakin bertambah. Persembahan Tomoi ini juga dapat memupuk perasaan muhibbah.

Sebagai menggalakan lagi permainan tersebut, Saya sendiri turut memberikan sokongan kepada sekumpulan anak muda di Kamung Mesjid, Ijok.

Sumbangan berupa Pakaian dan kelengkapan yang lain adalah diantara sokongan menghidupkan lagi permainan tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Boxing Tomoi ni memanglah baik. Tapi untuk menyatukan rakyat kita perlu juga menggalakkan sukan yang bukan berunsur 'bertujuan hendak berkelahi'.

Zaman saya kecil dulu ramai yang pandai bersilat. Mereka ini sombong sedikit. Kalau kita tersilap cakap, mereka mula buka bunga silat didepan kita.

Mereka bukan bertujuan untuk mempertahankan diri tapi macam hendak cari pasal sahaja. Selalunya yang berkaitan dengan silap faham. Perkara kecil.

Kalau YMDS mahu lihat nanti jika musim hendak pilihan raya. Mereka ini berani menyaringkan suara macam hendak berkelahi. Kalau silap cakap memang kenalah kita.

Saya harap mereka yang pandai bersilat dan bertomoi ni janganlah gunakan kemahiran ini semasa dekat PRU 13 kerana tempat kita ni akan jadi tempat yang paling panas.

Ia tidak akan menjadi panas jika YMDS pergi ke rumah2 menerangkan tentang isu yang berlaku sekarang dan kalau boleh jawab komen yang ada dalam sembang2.

Bila saya tulis surat ke PM beliau mudah memberi jawapan. YMDS pun hendaklah berbuat demikian jika hendak menang. Saya tak mahu jawapan tapi bila saya baca blog YMDS saya rasa ada yang perlu YMDS jawap seperti PM kita.

Isu seperti yang disebutkan oleh MAN PETAI. Sebagai contoh saya orang UMNO dan orang yang pertama mempunyai kelulusan dalam bidang yang belum ditorakai oleh orang lain tapi saya tidak minta wang kerajaan sedikitb pun walaupun untuk anak saya belajar di universiti.

Malahan saya berhenti sebelum pencen (sebelum 55) kerana hendak memberi laluan kepada orang muda.

Saya juga tak berebut hendak jadi pemimpin. Saya ingat YMDS juga hendaklah menjawab mereka dengan cara yang demikian.

YMDS mesti jawab masyarakat yang memilih YMDS jadi pemimpin.

Mereka (seperti Man Petai) ini educated tapi macam hendak pecah belahkan masyarakat Melayu.

Sekian.