12 January 2011
Tadika
Melawat Sekolah Tadika KEMAS FELDA, Ijok yang berada dalam keadaan bahaya jika berlaku tanah runtuh dari bukit yang berhampiran.
selepas lawatan itu, Saya telah mendapatkan peruntukan bagi membina benteng konkrik untuk menggelakan bukit yang hanya beberapa meter sahaja dari bangunan Sekolah berkenaan.
Turut hadir dan memberi taklimat ialah Pengetua Sekoilah berkenaan, Juraidah binti Ismail.
Tadika tersebut adalah satu-satunya Pusat yang menjadi tumpuan bukan sahaja Ibubapa di FELDA, Ijok, tetapi juga Masyarakat di DUN Kubu Gajah pada keseluruhannya.
Juraidah amat berterima kasih diatas keperhatinan Saya melawat Sekolah Tadik itu dan berharap ia akan menjadi satu galakan kepada mereka untuk terus mendidik anak-anak masyarakat tempatan untuk berjaya di peringkat pra Sekolah.
Sekolah tersebut ini mempunyai seramai 23 orang pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Bila bangunan dibina dengan tergesa2 tanpa rancangan yang konkrit/mantap sudah tentu banyak bencana akan berlaku kepada bangunan tersebut. Selalunya di kampung2 kawasan tanah terdapat dengan luas tapi kita masih bina bangunan di kawasan yang merbahaya.
Saya harap perkara begini kita berikan kepada pegawai yang berkenaan untuk mengatasi.
YMDS hendaklah menumpukan projek atau program yang lebih besar seperti YMDS laksanakan untuk Theme Park di Batu Gajah, iaitu tempat DAP.
Saya takut projek mega kerajaan Barisan di Perak akan memakan diri sendiri kerana YMDS asyik buat kerja remeh temeh di kawasan ADUN Kubu Gajah yang sepatutnya di kelolakan oleh agensi kerajaan yang berkaitan yang berada di Selama dan Taiping. Saya harap mereka juga turun padang.
Makan diri disebabkan
di kawasan parti pembangkang kerajaan Perak mejalankan pembangunan yang menguntungkan semua pihak seperti di Jelapang, Batu Gajah, Simpang Pulai tapi di ADUN Kubu Gajah (kawasan UMNO) kita asyik membaik pulih, menaik taraf jalan yang sama dan kerja amal yang biasa dilakukan oleh mana2 badan maupun yang tiada kaitan dengan kerajaan,
Saya sangat risau dalam PRU13 isu tempat parti pembangkang dapat membangun dengan pesatnya dan FDI pun bertambah. Tapi di kawasan UMNO apa pun tiada yang hendak dimegahkan atau dibanggakan.
YANG CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG adalah tempat DAP dan PKR seperti di Selangor, WP, P.PINANG dan LEMBAH KINTA.
Saya pernah ke Amerika. Ramai bertanya kepada saya kawasan manakah di Malaysia tempat yang paling tidak aman seperti rusuhan 13 Mei.
Pelabur juga hendak melihat kawasan yang paling aman di Malaysia. Saya katakan rusuhan kaum pernah terjadi Di KL dan ada juga sedikit2 di Bukit Mertajam sebelum itu.
Jadi pelabur kalau boleh mahu mengelakkan KL dan BM untuk melabur. Tempat seperti Selama, Sg. Bayor, Batu Kurau, Bagan Serai yang mereka palin suka (tapi tiada pembangunan infrstruktur) kerana tempat seperti ini akan tidak terjadinya rusuhan kaum. Kalau infrukstrukturnya baik tapi ahli politiknya asyik bercakap tentang isu perkauman FDI kita tidak akan bertambah.
Kerajaan masih menggalakkan FDI ke kawasan rusuhan (Lembah Klang dan BM). Inilah yang saya tak faham.
Itulah pendapat saya yang bukan pakar keamanan.
Post a Comment