Template by:
Free Blog Templates

4 January 2011

Tindakan





Jabatan dan Agensi Kerajaan diminta agar mempastikan setiap projek yang siap dilaksanakan oleh mana-mana Kontrektor hanya diserahkan setelah berpuashati dengan kerja perlaksanaannya.

Ini bagi menggelakan projek yang dilaksanakan itu tidak menimbulkan masalah selepas dilaksanakan.

Justeru, Jabatan dan Agensi Kerajaan juga diminta supaya terlebih dahulu merujuk setiap projek yang hendak dilaksanakan dengan Ketua-Ketua Kampung bagi membolehkan mereka membantu memantau ketika ia sedang dilaksanakan supaya ia dibuat mengikut arahan dan jadual yang ditetapkan.

Ramai Ketua Kampung yang kecewa dan tidak tahu langsung projek yang dilaksankan di tempat mereka dan mereka hanya sedara ia sudah siap.

Itu adalah diantara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Tindakan DUN Kubu Gajah kali pertama 2011 di Pejabat Penghulu Mukim Ijok, pagi tadi.

Tidak ada maknanya Ketua_ketua Kampung menjadi Agen Kerajaan, jika mereka sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku di tempat mereka seperti perlaksanaan projek pembangunan.

Ketika mempengerusikan mesyurat tersebut, Saya turut dimaklumkan rasa tidak puas hati masyarakat Islam bila Mesjid digunakan oleh kalanagan tertentu untuk berpolitik hingga menimbulkan pepercahan.

Pihak yang berkenaan digesa agar bertindak segera memantau dan menganbil tindakan keatas mereka yang tidak bertanggungjawab menjadikan Mesjid untuk tujuan kepentingan politik perpecahan.

Di mesyuarat tersebut juga telah dibincang masalah penarikan diri ramai pelajar Sekolah Rendah di Sekolah Model Contoh di Sekolah Menengah Redang Panjang, selain isu mengenai Jalan rosak yang membahayakan keselamatan pengguna.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bersetuju untuk merujuk senarai penuh permohonan yang diterima oleh Jabatan beulu Selama berkenaan kepada Pusat Khidmat ADUN.

OCPD Selama turut memberi taklimat mengenai kadar jenayah di sekitar DUN Kubu Gajah pembabitan oranrgamai dalam memberi kerjasama membantu menjaga keselamatan.

Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan di Daerah Kecil Selama, Penghulu Mukim Ijok, Penghulu Mukim Batu Kurau dan Penghulu Selama serta Ketua-Ketua Kampung hadir di mesyuarat selama tiga jam itu.

0 comments: