Template by:
Free Blog Templates

23 January 2011

MB-Fitnah














Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membidas mereka yang suka menyibar fitnah memburukan beliau dan Kerajaan agar menghentikan perbuatan yang bukan sahaja dipandang tidak bermoral, tetapi berdosa besar.

Rakyat yang tidak faham akan mudah termakan fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Anehnya lagi, mereka yang menyebarkan fitnah ini mendakwa diri mereka Ulama, sedangkan Ulama sebenar adalah mereka yang terdiri dari peribadi yang mulia.

Dr Zambery berkata demikian ketika merasmikan majalis pecah Tanah Pusat Tahfiz Al-Quran Nurul Iman di Batu 14, Batu Kurau, pagi tadi.

Beliau mengajak rakyat menolak bulat-bulat mereka yang menyebarkan fitnah memburukan diri beliau dan Kerajaan dan menfiatkan perbuatan itu adalah terdiri mereka yang pengecut utuk menghadapi fakta dan kebenaran.

Mengenai Kerajaan Negeri pimpinan Beliau, Dr Zambery bersyukur kerana segala tomahan yang direka oleh pihak-pihak tertentu akhirnya memerangkap diri mereka sendiri dan rakyat semakin meluat dengan perbuatna yang tidak berfaedah itu.

Beliau juga menolak sebarang perdebatan yang tidak berfaedah, sebaliknya menjadikan Dewan Undangan Negeri tempat yang terbaik untuk Wakil-Wakil Rakuat memberikan buah fikiran dan pendapat bagi kepentingan rakyat.

Mengenai Pusat Tahfiz Al-Quran itu, beliau berkata sudah menjadi hasrat KerajaanNegeri untuk mewujudkannya di setiap Daerah di Negeri ini atau sekurang-kurangnya sebuah di setiap kawasan Parlimen.

Dengan wujudnya Pusat itu, ia bukan sahaja membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengutamakan program Agama Islam, tetapi mampu melahirkan lebih ramai kalangan Ahli Tahfiz.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Masalah UMNO ialah UMNO mempunyai ramai lawyers.

Kumpulkan mereka ini. Minta tolong kepada mereka mengatasi fitnah.

Ada ahli parti pembangkang yang saya kenali pernah mengatakan selagi UMNO tidak melaporkan fitnah ke balai polis selagi itulah mereka menganggap UMNO tak betul.

Gunakan lawyers UMNO untuk memberentas FITNAH. Cuba lantik TS Nazri jadi pengerusinya. Bila sudah kena tanggap 2/3 orang dan bayar denda nolehlah digunakan untuk tabung UMNO jika mereka tak mahu wang tersebut.

Di Amerika ramai kumpul wang kerana fitnah. Orang minta cerai pun mahu buat tuntutan di sana. Mereka lebih pentingkan wang daripada cerai.

Kita tak boleh diam tentang fitnah sebelum pilihanraya 13.

Mungkin lawyer kita tak mahu tolong sebab persatuan mereka kuat.
Lawyer anak buah saya pun kena bayar harga standard kalau minta tolong. Tapi kita mestilah pandai2. Jangan asyik berpolitik sahaja tapi tak pandai menepis fitnah.

Sekian untuk makluman YMDS.