Template by:
Free Blog Templates

27 January 2011

Kesyukuran




Menghadiri majlis kesyukuran di rumah Ketua Kampung Jelai, Batu Kurau, Mohd Ali Awang Besar, tengahari tadi.

Turut hadir di jamuan makan tengahari itu ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Larut, Haji Md Kassim Mahmud yang juga bekas ADUN Selama, Iman Mesjid Jelai, Haji Yaacob dan Setiasuaha JKKK, Mohd Isa Taha.

Terima Kasih diatas jemputan. JKKK Kampung Jelai terpilih sebagai Kampung yang memenanggi johan Negeri Perak dan mewakil di peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

Mohd Ali yang telah memegang jawatan Ketua Kampung semenjak 6 tahun lalu begitu bersyukur diatas kemenangan tersebut dan menyifatkan kemenagan itu sebagai satu sejarah dan kejayaan besar dalam hidupnya.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak YMDS galakkan kumpulan vetren UMNO supaya aktif semula seperti YMDS untuk membangunkan kawasan ADUN Kubu Gajah dan LMS. Saya nampak Cikgu Kassim ni tak aktif lagi mungkin dapat penyakit angin Medan agaknya.

Lagi satu saya ingin mencadangkan hanya wakil rakyat pencen yang aktif sahaja boleh diberikan jadi Pengarah GLC dan SLC.

Kalau tidak berilah jawatan tersebut hanya mereka yang pencen tapi masih aktif untuk membangunkan kawasan ADUN mereka.

Kalau mahu pilih orang UMNO janganlah pilih orang yang sama untuk mendapat semuanya. Ahli yang 4 juta yang lain hanya nganga sahaja.

Dalam ruangan SEMBANG dalam blog ini ada hamba ALLAH mengatakan orang UMNO orang bodoh. Saya rasa mereka bodoh kerana mereka berikan orang yang sama dapat semuanya. Padahal ada antara mereka lebih pandai daripada yang telah mendapat semuanya tapi tidak dipilih atau diberikan jawatan. Mereka inilah yang saya rasa macam bodoh2.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Dulu ADUN Selama asyik ikut YMDS ke sana ke mari sebelum di pilih menjadi ADUN.

Saya lihat ada juga ahli UMNO yang mengikut YMDS ke sana me mari.

YMDS hendaklah membaca isu yang dibangkitkan oleh mereka yang selalu bersembang dalam ruanagan SEMBANG di blog YMDS.

Salah satu isu ialah nepotisma. Contohnya anak wakil rakyat yang lama dipilih lagi untuk menjadi wakil rakyat yang baru,

Kalau YMDS hantarkan nama orang lain selain daripada orang yang berketurunan wakil rakyat sudah tentu isu nepotisma tidak terdapat di LMS seperti yang pernah terjadi sekali di LMS. Padahal pembangunan yang menguntungan semua rakyat di kawasan Selama tidak dilaksanakaan anak beliau.

Kalau orang yang dipilih luar biasa orangnya tidaklah rakyat terrasa kecil hati.

Sekia