28 January 2011
PAC
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak (PAC) hari ini menegur kegagalan bahagian Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri mendapatkan semula tunggakan pinjaman sebanyak RM 27.16 juta.
Tunggakan melibatkan seramai 181 orang peminjam itu adalah sehingga tahun 2009 dan PAC dalam laporan Audit mendapati, bahagian pinjaman Pelajaran tidak mengeluarkan Notis untuk mendapatkan balik pinjaman tertunggak itu semenjak tahun 1981.
Dalam mesyuarat yang diadakan di Pejabat PAC di Bangunan SUK di Ipoh pagi tadi, turut mendapati bahagian Pinjaman Pelajaran juga gagal mengemas kini Pengkalan datanya.
Itu adalah mesyuarat pertama awal tahun 2011 yang Saya pengerusikan untuk menyiapkan laporan Audit terkini selepas dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri yang baru lalu.
Ketua Jabatan berkenaan akan dipanggil dalam mesyuarat PAC yang akan datang bagi mendapatkan penjelasan mengenai kes tertunggak pinjaman pelajaran tersebut.
Mendapatkan semula pinjaman tersebut amatlah penting bagi memberi peluang kepada peminjam-peminjam baru.
Mereka yang menerima pinjaman tersebut belajar samada di dalam mahupun di Luar Negara termasuk di peringkat Diploma dan Ijazah.
PAC mendapati tidak sukar bagi bahagian Pinjaman Pelajaran itu untuk menghubunggi peminjam kerana kaedah yang banyak yang boleh dilakukan sekarang samada melalui Media Elektronik dan Cetak atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
PAC juga menegur mengenai cara pemeberian bantuan kebajikan dan memintan senarai E-Kasih disemak semula, kerana terdapat mereka yang sudah meninggal dunia masih lagi menerima bantuan tersebut, selain kelewatan meluluskan kepada pemohon yang sudah meninggal dunia baru menerima bantuan dan keselamatan kewangan yang tidak ketat.
Masalah pencemaran Sungai dan pengambilan Pasir juga turut mendapat teguran PAC, selain tapak pelupusan sampah oleh Pihak-Pihak Kerajaan Tempatan.
Kecuaian membekal bahan makan ke Sekolah-Sekolah berasrama penuh Agama Kerajaan Negeri juga turut mendapat perhatian PAC.
Perbalahan keatas perlaksanaan projek Kerajaan dianatara Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab juga turut mendapat teguran Jawatankuasa tersebut dan berharap ia tidak seharusnya berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Dahulu kita sudah pun mengenal pasti kenapa projek kerajaan tidak mencapai matlamatnya.
Salah satu daripada sebabnya ialah kerana tidak ada pemantauan dan pegawai yang berwajib tidak turun padang.
Sebagai contoh jika YMDS berikan alamat mereka ke ketua kampung sudah tentu kita tahu di manakah mereka yang tidak membayar hutang atau lain2.
Bagi e-kasih pula kerajaan hendaklah mengenal pasti mereka yang rajin dan yang malas, Lagi satu orang OKU atau sakit. Kita mesti bezakan orang OKU/sakit yang mempunyai anak yang mempunyai pekerjaan yang dapat membantu (separti saya dan YMDS) dan yang sebatang kara.
Lagi pun sudah beberapa kali kata2 seperti KALAU HENDAK MENOLONG PENangkap IKAN JANGAN BERIKAN MEREKA IKAN BERIKANLAH MEREKA KAIL.
Kita memang turun padang tapi di bawa oleh ketua kampung kepada keluarganya dan kroninya sahaja.
Tapi kalau turun padang sendirian tak kanlah YMDS tak kenal siapa yang miskin di kampung tempat lahir YMDS, seperti tempat yang selalu tenggelam, tanah terbiar disebabkan dirosakkan babi hutan dan kera dan juga ditenggelami air, dll.
Kalau YMDS turun padang bersendirian dan PROAKTIF sudah tentu YMDS lihat tanah terbiar dikeliling rumah ayahanda YMDS ialah disebabkan tanah tersebut BERPAYA atau tenggelam (rumah ular sawa).
Kalau YMDS sensitif sudah tentu YMDS dalamkan alor yang merentas di belakang rumah hingga ke sungai Krian.
Tapi YMDS masih menunggu laporan JKKK tentang tanah terbiar. Sepatutnya yang mana tidak mengaitkan banyak jabatan2 boleh didahulukan. Tak payah tunggu maklumat dikumpulkan.
Yang mana dulu atau tidak ada masalah didahulukan. Tak payah tunggu kajian. Yang sebenarnya alor (anak sungai) itu adalah yang natural tak payah minta kebenaran tuan tanah untuk membersihkannya seperti Sungai Ijok.
Terima kasih.
Post a Comment