16 January 2011
MIC
Bertemu dengan Jawatankuasa MIC Bahagian Larut, tenghari tadi untuk mendengar masalah kaum India bagi diambil tindakan.
Turut hadir di majlis makan tengahari itu ialah Ketua MIC Bahagian Larut, K. Thevaraju, Timbalannya, S. Muniandy dan Naib S.Tanimalai.
Di perjumpaan yang lebih kepada memupuk semangat muhibbah, MIC Bahagian berjanji bekerjasama denga komponen Parti yang lain yang diketuai oleh UMNO.
MIC juga bersedia menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 dan akan terus berdiri teguh di belakang Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Bersama MIC Bahagian Saya juga telah mengatur beberapa program lawatan untuk menemui dan mendengar masalah para pekerja Ladang di DUN Kubu Gajah.
Masalah mendapatkan bantuan di beberapa buah Sekolah Tamil juga dibangkitkan dan Saya akan meminta penjelasan daripada Pejabat Pendidikan mengenai hal ini.
Jawatankuasa Bahagian MIC itu amat gembira dapat berjumpa dengan Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Larut dan ADUN Kubu Gajah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Bila YMDS bermesyuarat/berpidato dengan orang India YMDS hendaklah mulakan dengan bilangan orang India yang sepetutnya mereka diberi kursi hanya di Buntung kerans 52% ORANG india.
Kawasan lain adalah hak Melayu atau orang Cina.
Hinderaf kata kita tak demokrasi. Berilah semua orang India masuk Universiti asalkan mereka di berikan satu ADUN sahaja.
Kursi yang lain bagilah ke Melayu dan Cina.
Orang Melayu lebih suka jadi wakil rakyat daripada yang lain2. Tapi untuk perpaduan kita berikan kursi melebihi kuota penduduk orang India kepada orang India.
Statistik beginilah yang kita harus beritahu orang India.
Apa salahlah kita pilih orang India yang baik dengan orang Melayu di tempat kawasan yang ramai orang Melaya.
Nampak gaya Palanivel pun ikut cara Sami Vellu.
Apa yang diperjuangkan Palanivel mirip kepada apa yang diperjuangkan Utayakumar. Kalau tidak mereka tidak dapat sokongan orang muda.
Sekian untuk makluman YMDS diharap pegawai penerangan UMNO mesti jangan tidur dekat pilihan raya. Mereka mesti baca statitistk kaum secara total dan menyeluruh.
Kita susah nak menang di bandar jika MCA dan MIC masih membangkitkan isu seperti DAP. Mereka pilih orang muda kerana mereka lantang dari orang tua walaupun kerja mereka tak seberapa.
Kita mesti ramaikan pemuda seperti Datuk Nazri untuk berdebat dengan ahli parlimen Kubu Gajah tentang isu keMelayuan. Pemuda Perak mesti hidup seperti KJ atau Datuk Nazri.
Sekian.
Post a Comment