Template by:
Free Blog Templates

31 January 2011

Ibu Tunggal






Seorang Ibu Tunggal, Roslina biinti Mohd Sidek yang tinggal di Redang Panjang, begitu gembira menerima bantuan dibawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP), petang tadi.

Dalam tinjuan ke rumahnya, Roslina. 31 tahun yang tinggal bersama dua orang anak, Nor Saidatul Shima binti Norazlin, 15 tahun dan Nor Shafirah, 13 tahun, menerima sebuah Gerai, Mesin pembuat ais kacang, Kanopi, Payung, Peti ais, Dapur, Periok, Kuali yang kesemuanya berjumlah rm 6,800.

Beliau yang tinggal bersama Ibunya, yang juga seorang Ibu Tunggal amat berterima kasih kepada Kerajaan yang telah memerbi sumangan dan bantuan tersebut untuk membantu meringankan lagi bebanan keluarga mereka.

Pada hari pertama jualan, gerai beliau yang terletak di hadapannaya rumah merka di tepi jalan berdekatan dengan Mesjid Redang Panjang, mendapat sambutan begitu menggalakan termasuk dari kalangan remaja.

Saya berharap Roslina akan menjadi contoh kepada Ibu-Ibu Tunggal yang lain kerana kegigihannya untukl berdikari.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Mohd Suhaimi bin Shamsuddin, Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi bin Haji Gghazali dan Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin bin Hamid.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika YMDS mahu mencapai visi YMDS hendaklah YMDS perlu membuat prioriti siapa yang harus YMDS dekati.

Sebagai contoh saya berpendapat kawan rapat YMDS mestilah pegawai JKM bukan lagi ahli politik. Mereka ini sudah dalam pocket YMDS. Tak payah lagi terlalu rapat dengan mereka kerana mereka sudah dalam tangan.

Kalau hendak memajukan tanah terbiar mungkin pegawai ADO, pegawai pertanian, RISDA, vertiner dsbnya yang perlu YMDS dekati sedekat2nya. Bukan lagi main2. Kalau tidak kawasan kita tidak membangun dari segi pertanian dll.

Sebagai contoh tanah terbiar kerana tidak ambil kuasa boleh digunakan untuk membela lembu asalkan mereka membuat perjanjian supaya tidak akan menjadi masalah dimasa2 yang akan datang.

Pengusaha dari waris simati diberikan dengan gaji yang tinggi. Keuntungan disimpan oleh amanah raya. Yang hanya dapat menuntut keuntunagan dari amanah raya ialah semua waris si mati dengan membuat surat sumpah.

Lagi satu jika YMDS memberi bantuan dan lawatan jangan nyatakan dari parti mana mereka datang. Kalau YMDS sebutkan demikian pembangkang tidak akan memihak kepada YMDS. Ramai mereka tak suka kerajaan tapi menyukai YMDS. Inilah sasaran YMDS hendaknya.

Begitu juga tentang kedudukan mereka yang YMDS lawati dalam UMNO. Kalau YMDS sebutkan ketua kampung dan ketua cawangan yang sakit sahaja YMDS lawati penyokong UMNO yang lain mungkin kecil hati. Bagaimana dengan penyokong UMNO yang lain teutama sekali yang rajin bkerja di kebun tanpa ada masa berpolitik atau lepak dengan internet dan di kedai kopi.

Saya melihat UMNO asyik mensanjung mereka yang asyik berpolitik di kedai kopi dan internet. Mereka ini macam orang malas nampaknya. Macam tak ada kerja asyik berpolitik kedai kopi sahaja. Saya takut UMNO menolong orang begini lebih daripada yang lain.

Slogan kita ialah pencapaian diutamakan. Adakah maksud kerajaan pencapaian politik dan akademik tapi bukan ekonomi, dan sosial dll... Bukan pembela arnab... bukan penanam koko yang berjaya..pengusaha durian yang berjaya diutamakan.

Kalau politik dan akadameik sahaja menjadi perhatian kekallah kawasan ADUN Kubu Gajah menjadi hutan.

Sekian.