Template by:
Free Blog Templates

23 January 2011

Hospital




Melawat seorang Pelajar dari Kampung Mesjid Ijok, Mohd Asroy bin Hashim, 17 tahun yang juga anak kepada seorang Jurulatih Sukan Tomoi di wad ICU Hospital Taiping, petang tadi.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Redang Panjang itu sedang menjalani rawatan selepas dijangkiti sejenis kuman dan mula sedar selepas dimasukan empat hari yang lalu.

Saya juga sempat melawat seorang Warga Emas dari Kampung Bagan Baharu, Jariah binti Baharum, 72 tahun yang sedang di rawat di Hospital Taiping.

Beliau adalah Ibu kepada, Johari bin Yahya, seorang daripada ahli JKKK dan UMNO Cawangan Bagan Baharu.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau kampung hendak cepat maju pilih JKKK yang tiada portfolionya dalam pertubuhan yang lain.

Dalam pengelaman saya jika orang yang sama menjadi JKK Pertubuhan Peladang, JKKK, JK politik, JK Koperasi RISDA...

serupalah orang yang macam empat bini. Tak boleh campur orang asyik jaga 4 bininya sahaja. Tipu sana dan tipu sini. Akhirnya semua bantuan kerajaan dapat kepada orang yang sama atau keluarga yang sama atau KRONI yang sama.

Begitu juga mereka yang memegang lebih daripada satu jawatan seperti kebanyakan kita. Orang yang sama jadi JK politik dan JKKK.

Saya takut di Bagan Baru sesudah terbinanya masjid tidak ada lagi pembangunan yang kita banggakan dibina di sana.

Sekian untuk makluman untuk perhatian YMDS. Kita ramai orang UMNO takkanlah orang yang sama memegang berbagai portfolio dalam UMNO. Saya rasa katak2 yang masuk parti lain disebabkan orang yang sama dapat banyak bantuan kerajaan.

Cuba YMDS temubual katak Bagan Baru. Masalah JK UMNO mereka tidak mengenal PARTI KATAK. Saya takut bantuan banyak diberikan kepada KATAK2 ini.

Saya lihat politik adalah bidang yang lain sedikit daripada ekonomi.

YMDS, KPI kemajuan kampung senang saja untuk dilihat.

Jika derma sembahyang Jumaat berlipat ganda menandakan kemajuan kampung tersebut juga berlipat ganda.

Dulu saya derma seringgit bila, getah naik saya tambah derma saya.

Sekian untuk makluman YMDS. Yang sebenarnya Bayan Baru ni tempat saya makan tengah hari setelah keluar kebun.