Template by:
Free Blog Templates

23 January 2011

Bantuan rumah





Meninjau dua buah rumah orang miskin yang uzur di Bagan Baharu yang memerlukan bantuan bagi memperbaikinya.

Shaari bin Saman, 76 tahun yang tinggal bujang amat berharap mendapatkan ikhsan bagi memperbaiki rumahnya yang agak uzur.

Saya juga melihat sendiri rumah Siti Ramlah binti Teh, 77 tahun, warga emas dan ibu tunggal yang mengadu bumbungnya habis rosak dan lantai juga telah dimakan anai-anai.

Ketua Kampung berkenaan telah diminat untuk membuat perincian mengenai kos memperbaiki rumah-rumah tersebut.

Selain Baitulmal, Felcra dan Yayasan Bina Upaya mempunyai bantuan rumah untuk rakyat dari golongan miskin.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Semalam saya lihat di TV masih ada orang kita yang mengamalkan, kalau hendak menolong orang penangkap ikan atau nelayan jangan bagi mereka ikan tapi bagikanlah kepada mereka kail.

Saya ingin memanjangkan pendapat ini iaitu kalau hendak tolong orang tua berikan anak mereka pekerjaan.

Caranya sangat senang. Saya bantu orang India miskin dengan bekerja di tanah anak buah saya kerana saya tidak mempunyai tanah yang luas.

Selalunya semiskin2 orang Melayu ramai yang ada emas dan tanah sekeping. Semalam saya lihat di TV emas hamba Allah itu banyak dilengannya juga minta bantauan.

Tanah saya keliling rumah hanya se ekar tapi saya tanam macam2 tanaman. Cuma bila saya bela ikan keli semuanya mati kerana saya tidak mengikuti kursus. Gambar YMDS tunjukakn juga mempunyai tanah yang luas tapi tiada pokok cili dan sayur2an yang lain di kelilingnya.

Saya selalu melihat gambar YMDS tunjukkan dalam blog YMDS.

Yang penting berikan kapada orang tua benih dan baja dan anak-anak mereka cangkul.

Saya bantu anak muda India dengan memberi pekerjaan di tanah anak buah saya kepada mereka kerana tanah saya tidak luas.

Yang pentig biro ekonomi UMNO hendaklah mempunyai data base senarai mereka yang mempunyai tanah yang luas seperti di tempat kita ialah orang2 seperti Osman Kopi, Haji Rejam dan Encik Sulaiman.

Mereka ini boleh memberi pekerjaan kepada anak orang2 tua dan yang uzur supaya mereka dapat menjaga ibubapa mereka.

Saya dahulu pun menjaga ibu bapa saya sebelum mereka meninggal. Begitu juga YMDS. Masa itu gaji kta sangat kecil jika dibandingkan dengan penoreh getah dan pengait kelapa sawit pada hari ini.

Saya takut anak2 muda asyik lepak dengan motorsikal dan koputer mereka kerana di ruangan sembang2 di blog YMDS orang yang sama bersembang tidak kira waktu dan masa. Masa bila mereka bekerja tak tahulah saya. Salah satu sebab tanah terbiar ialah kerana mereka asyik lepak dengan koputer. Mereka tidak mahu membersihkan tanah ayah mereka. Yang banyak mereka baca ialah politik dan sex. Cuba YMDS tanya telekom kalau tak percaya.

Rugi masa betul anak2 muda ini kerana asyik berpolitik. Sepatutnya mereka menjadi ahli politik yang aktif bukan rugi masa melepak dengan komputer.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Saya mengukur kemiskinan senang sahaja YMDS.

Yang paling miskin ialah mereka yang saya jumpa berjalan kaki (lebih 400 meter) ke kedai runcit atau ke tempat kerja.

Yang kedua miskin mereka yang hanya berbasikal ke kedai/tempat kerja yang melebihi sebatu.

Yang ketiga miskin mereka yang mempunyai sebuah motorsikal second-hand sahaja. Motosikal inilah yang di bawa ke sana kemari.

Yang keempat jika rumah mereka lebih kecil daripada rumah saya.

Saya lihat dalam gambar ini rumah beliau lebih besar daripada rumah saya. Kayu pengukur saya sangat senang. Kalau rumah lebih besar dari rumah saya bermakna mereka bukan miskin tegar.

Orang sebegini hanya kita jumpa jika kita berjalan (turun padang) tanpa protokol.

Kalau ada protokol mereka hanya bawa YMDS ke keluarga atau ke kawan2 rapat mereka sahaja. Lagi pun saya takut mereka hanya kaki ampu iaitu suka jumpa VIP sahaja tapi muka saya pun mereka tak mahu pandang. Sebab itu penduduk yang tinggal jalan arah ke Pondok Tanjung tidak ramai yang minta bantuan kerana mereka tidak kaki ampu.

Walau bagaimanapun 'ranking' YMDS masih tinggi daripada 4 wakil rakyat PAS dan 3 wakil rakyat UMNO di LMS. Jika YMDS jelaskan tentang isu penyelewangan tanah (lihat senarainya di pejabat tanah sejak wakil rakyat kita yang pertama dahulu) sudah tentu YMDS paling TOP di LMS.

Teruskan dan baiki khidmat YMDS. Jangan pakai protokol untuk mengelakkan kroni JKKKK, JKP dan JK badan2 lain yang hanya mendapat keuntungan daripada dasar ekonomi baru.

Dalam kajian saya JK mana2 badan masyarakat yang banyak mendapat bantuan kerajaan. Kerana YMDS gunakan protokal sebab itu lampu jalan tiada di kampung kelahiran YMDS (kampung Raja). Sebab yang lain ialah kerana YMDS kurang proaktif tapi menunggu apa kata ketua kampung. Jika perkara ini berterussan paya ular sawa di belakang rumah kelahiran YMDS akan berterusan menjadi lubuk ular sawa.

YMDS hendaklah proaktif. Jangan tunggu desakan ketua kampung kerana takut mereka hanya bawa YMDS ke kroni mereka.

Sekian untuk makluman YMDS.