18 January 2011
Ziarah
Saya amat bersimpati dengan keadaan bekas ketua Wanita UMNO Cawangan Bagan Baharu, Endon binti Kari, 72 tahun kini lumpuh, sejak tiga tahun lalu.
Dalam lawatan ke rumahnya di Bagan Baharu, Saya menyampaikan rasa simpati dan beliau begitu terharu dengan kedatangan Saya.
Endon yang kini tinggal bersama anak dan menantunya, merupakan seorang Ketua Wanaita UMNO yang lama mengetuai Cawangan Bagan Bahru, hingga melepaskan jawatan tersebut kerana jatuh sakit.
Walaupun dalam keadaan uzur, beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk hadir di majlis keramaian terutama anjuran Parti.
Saya juga menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada cucunya, Idayah binti Mustapha, pelajar Tingkat Tiga melalui ibunya Azizah binti Hamid, 35 tahun.
Sebelum itu, Saya melawat seorang Warga Emas, Mat Som bin Haji Osman, 85 tahun di rumahnya di batu 4 , sambil bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.
Di Kampung yang sama, Saya juga melawat seorang penduduk, Mohd Fudzi bin Arshad, 55 tahun yang tidak mampu bekerja dan tinggal bersama dengan dua orang anaknya termasuk seorang OKU, Jefri, 30 tahun serta isteri.
Kesemua mereka ini amat memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebanan yang dihadapi terutama kos perubatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Jika YMDS melawat juga ahli PAS yang uzur sudah tentu mreka semua akan terharu dan akhirnya anak2 mereka mungkin menjadi ahli PAS tapi mengundi UMNO secara senyap2. Perkara begini pernah berlaku di tempat yang pernah kami adakan lawatan dahulu.
Banyak komen2 yang terharu semasa orang kuat UMNO menziarahi ahli PAS yang uzur.
Anatara komen mereka ialah:
Ada antara mereka yang mengatakan:
"Ketua PAS tak pernah pun datang menziarai saya tapi Tuan Haji besar hati datang menziarahi saya"
Jika kita orang UMNO sentiasa melawat ahli UMNO yang sudah menjadi FIXED DEPOSIT kita takut ahli UMNO tidak akan berkembang.
Inilah pengelaman saya semasa saya aktif dahulu. Tapi sekarang saya tak boleh lagi aktif kerana penyakit cantas mencantas sudah berkembang sejak 4000 tahun dahulu (sejak zaman peraun di Qahirah) tapi saya tak tahu. Sesudah saya tahu saya tidak lagi aktif lagi.
Sekian YMDS.
Post a Comment