23 January 2011
Lawatan
Melawat Ibu kepada seorang Ahli Jawatankuasa MIC Bahagian Larut, B.Rukumani, 64 tahun yang sedang dirawat di Hospital Taiping.
Beliau yang tinggal bersama anaknya di Ladang Hollyrood, begitu gembira menerima kedatangan Saya bersama dengan Ketua MIC Bahagian Larut, K. Thevaraju.
Saya juga sempat melawat seorang Pelajar, Mohd Hasrul bin Hashim, 17 tahun yang semakin pulih selepas beberapa hari dimasukan ke ICU di Hospital yang sama.
Hasrul, Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Redang Panjang kelihatan ceria, disamping abang dan ibunya ketika Saya datang melawat beliau di wad biasa.
Beliau yang juga seorang pengemar Tomoi Siam tidak sabar untuk segera pulang ke rumahnya di Kampung Mesjid, Ijok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YNDS,
Disamping YMDS melawat orang sakit YMDS perlulah juga buat kerja rumah (home-work) untuk menjayakan kolej RISDA.
Kalau YMDS tidak membuat home-work nescaya apa YMDS cadangkan tidak akan berhasil.
Saya rasa bukan senang untuk membuat sesuatu kalau tiada kertas kerja.
Dulu YMDS cadangkan tampat tadahan air di Ulu Ijok untuk mengelakkan banjir.
Tapi sekarang habuk pun tak nampak kerana tiada 'follow-up'. Bila nak buat kerja lanjutan (follow-up) semua naik malas. Tapi cadangan kita berpi2
Kita mesti kerja keras untuk melobi sesuatu ke kerajaan Perak dan Persekutuan supaya pembangunan menjadi seimbang antara Lembah Kinta (tempat DAP) dengan pedalaman (ULU iaitu tempat UMNO) kalau tidak habis orang UMNO pindah ke Lembah Kinta. Sampai ke sana barulah mereka lihat tanah tinggi rendah. Nak beli rumah di Ipoh tak ada duit. Mereka lari pula ke Batu Gajah dan Simpang Pulai dan kemudianya diusir ke PARIT (maksud saya masuk parit) dan DINDING (terpaku ke Dinding).
Kalau tidak Manjung, Bagan Datuk dan Lembah Kinta saja yang dimajukan hingga melempah-lempah.
Saya inginkan satu mercu tanda YMDS boleh bangunkan di Kawasan ADUN Kubu Gajah sebelum PRU 13.
Kalau nak bina Kolej RISDA YMDS melawatlah dahulu ke kolej RISDA di Alor Gajah. Itulah contoh kolej yang saya mimpikan bukan kolej kursus untuk menoreh getah dan membaja semata2.
Kolej ini mestilah dua dalam satu (juga tempat latihan pegawai RISDA selain daripada pekebun kecil. Yang diutamakan ialah sama seperti yang di Alor Gajah, ada juga kursus profesional.
Wakil rakyat terdahulu tidak membangunkan sesuatu yang kita boleh banggakan di Adun Kubu Gajah.
Saya berharap YMDSlah yang pertama sekali berbuat demikian. Inilah juga akan menjadi PKI YMDS.
Tempat yang tidak berbau kambing bolehkah kita bina kolej RISDA?
Hutan simpan kita banyak. Dekat Bukit Torak pun ada. Jalan ke Mengkuang pun ada. Banyak lagi. Yang penting kawasannya juga mestilah ada kebun getah. Kalau tidak, jadilah bangunan kita di Sungai Buloh. Habitatnya tak betul.
Sekian. Terima kasih.
Post a Comment