16 January 2011
Perlumbaan
DUN Kubu Gajah sekali lagi akan menjadi tumpuan ramai berikutan perlumbaan 4X4 road to Kubu Gajah Challenge Trophy dari 11 hingga 13 Mac ini di litar FELDA, Ijok.
Peserta dari Thailand, Indonesia dan Singapura, telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai perlumbaan tersebut.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dijadualkan meresmikan perlumbaan tersebut yang diadakan buat kali kedua di DUN Kubu Gajah, selepas kali pertama penghujung tahun lalu yang turut mendapat sambutan meriah, sekalipun tanpa peserta daripada Luar Negara.
Kempen untuk mempastikan perlumbaan ini mendapat sambutan meriah, Papan Tanda (Banner) perlumbaan tersebut telahpun dinaikan dekat dengan tapak perlumbaan tersebut.
Bagi memeriahkan lagi perlumbaan 4X4 DUN Kubu Gajah kali ini, perlumbaan Motorcross juga akan diadakan.
Petandingan mencari Harta Karun untuk Media juga akan dianjurkan bagi membabitkan penyertaan mereka.
Selaku ADUN Kubu Gajah adalah diharapkan acara perlumbaan 4X4 yang akan menjadi acara tahunan ini akan menarik lebih ramai pelancongan dan pengunjung datang melawat DUN Kubu Gajah.
Menariknya trek perlumbaan di FELDA, Ijok telah mendapat pengiktirafan dan sokongan Kerajaan Negeri, selain penajaan beberapa pihak lain yang berminat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment